Skip to content

Tutorial Dagangan Titik Pangsi (Pivot Point Trading)

Richard Cox trader
Updated 5 Jun 2020

Sebagai seorang Traders, matlamat anda adalah untuk memperoleh ekuiti di dalam pasaran pada harga yang boleh anda tukarkan pada masa hadapan dengan peserta pasaran yang lain bagi mengaut keuntungan. Dalam dagangan, matlamatnya adalah untuk membuat penentuan terlebih dahulu dengan kebarangkalian kejayaan yang tinggi pada kawasan-kawasan pada carta yang menjadi tumpuan pembeli dan penjual. Namun bagaimanakah untuk seseorang mengetahui arah tumpuan pembeli dan penjual pada masa hadapan? Soalan yang baik, terima kasih kerana bertanya. Anda sekarang sudah bersedia untuk belajar tentang Kuasa Pangsi!


Buka Akaun Demo

Soalan pertama adalah apakah itu pangsi? Titik pangsi adalah penunjuk analisis teknikal, atau pengiraan yang digunakan bagi menentukan keseluruhan trend pasaran sepanjang berbilang rangka masa. Titik pangsi ini sendiri hanyalah purata tahap harga tinggi, rendah dan harga penutupan daripada sesi dagangan terdahulu. Setelah titik pangsi ditentukan, dagangan yang melalui bahagian atas titik pangsi dianggap menunjukkan sentimen bulis yang berterusan, manakala dagangan di bawah titik pangsi menandakan sentimen bearis.

Titik pangsi adalah asas untuk penunjuk, namun ia juga merangkumi tahap sokongan dan rintangan lain yang diunjurkan berdasarkan pada pengiraan titik pangsi. Semua tahap ini membantu Traders melihat tempat di mana harga mungkin mengalami sokongan atau rintangan. Sekiranya harga bergerak menerusi tahap-tahap ini, ia memberitahu Traders bahawa harga sedang berada dalam trend arah yang tertentu.

Saya tahu apa yang anda fikirkan. Terlalu banyak maklumat yang perlu dihadam. Pangsi adalah di mana algoritma komputer (yang akan kita rujuk sebagai algo dalam artikel ini) telah dibeli dan dijual pada masa lalu. Majoriti pembelian dan jualan dalam pasaran pada hari ini dilakukan oleh algo. Ia seperti menentukan dagangan intrahari pada rangka masa yang lebih singkat dan dagangan swing pada rangka masa yang lebih panjang. Semakin tinggi rangka masa pangsi, semakin kuat pangsi ini.

Ada pepatah mengatakan bahawa sejarah tidak berulang tetapi adakalanya ia berlaku. Dalam sejarah dagangan, sejarah sememangnya berulang dan sekiranya sebagai seorang Traders dan anda tidak memahami sejarah dan kaitannya dengan tindakan harga, anda masih belum mencapai potensi sebenar sebagai seorang Traders. Malah, asas untuk kebanyakan daripada prinsip dalam dagangan adalah berdasarkan pada kenyataan ini. Setiap hari dagangan adalah unik tetapi setiap hari dagangan adalah replika bagi hari dagangan terdahulu pada masa lalu. Saya tahu kepala anda semakin pening membacanya, tetapi itulah kebenaran yang difahami oleh ramai Traders yang berjaya. Setiap hari dalam pasaran, sesetengah pemain bertukar, nama berubah, tetapi perkara yang tidak pernah berubah adalah psikologi manusia. Itulah sebabnya pangsi berfungsi dengan sangat baik.

Pangsi sahaja bukanlah peluru ajaib yang akan menjamin kejayaan dagangan anda. Anda perlu mengetahui cara untuk menggunakannya dengan berkesan. Itulah sebabnya dapat menentukan jenis pasaran yang anda sertai adalah sangat penting. Jika anda berada dalam dagangan harian trend bulis, itu bermakna pasaran dibuka pada sesi dengan tahap rendah dan ditutup pada sesi dengan tahap tinggi. Pendetik yang anda dagangkan mestilah bergerak ke atas dan dengan menganggap terdapat momentum yang mencukupi, ia perlu bergerak dari satu pangsi ke pangsi lain:

Setelah berpecah di atas dan memegang pangsi di sekitar kawasan 290, kita akan memasuki kedudukan panjang. Kita kekal berada dalam kedudukan panjang sambil meletakkan henti rugi di bawah pangsi. Apabila berada dalam pasaran yang sedang dalam trend, dalam ekuiti dengan julat, kita biasanya berdagang dari satu pangsi ke satu pangsi. Oleh itu, apabila kita masuk dan bergerak, kita boleh memasuki henti mengekor atau melihat tanda-tanda pembalikan secara manual untuk keluar sebelum sasaran. Dalam dagangan yang dirujuk di dalam imej, kita tidak mencapai rintangan sehingga kita mencapai pangsi seterusnya berhampiran kawasan 292.75 di mana kita boleh memilih untuk menskala keluar peratus saham atau kontrak dan memegang selebihnya untuk kesinambungan. Dalam kes ini, selepas pullback ringkas dan beberapa cubaan, kita berjaya memecahkannya di atas pangsi dan terus mendaki menuju ke penutupan.

Sekiranya ini adalah hari dagangan bearis, pembukaan biasanya menandakan tahap tinggi sesi dan penutupan adalah tahap rendah hari tersebut. Anda biasanya akan melihat peningkatan dalam jumlah hari trend memberikan kesinambungan dalam satu arah. Contoh penggunaan pangsi dalam trend bearis boleh dilihat dalam gambar seterusnya. Kita melihat push up ketika pembukaan dan kemudian bergelut untuk memegang pangsi di atas titik harga 292. Setelah dagangan hatuh di bawah pangsi dan ujian tersokong gagal, kita memasuki kedudukan pendek. Henti rugi ditetapkan pada pecahan titik tinggi set harga semasa sesi tunai. Kita terus menurunkan trend dari satu pangsi ke satu pangsi. Kita boleh memilih untuk menetapkan henti pada pecahan melepasi titik harga 289. Kedudukan seterusnya boleh dipilih untuk keluar apabila kita membuat tolakan ke bawah menerusi pangsi 285 atau memilih untuk emmegang kedudukan sambil menetapkan henti di pecahan di atas sebarang pangsi yang lebih tinggi.

Sekiranya pasaran sentiasa berada dalam trend ke atas atau ke bawah, kita akan sentiasa mempunyai entri, keluar dan julat yang jelas. Namun, adakalanya pasaran bergerak secara mendatar untuk satu tempoh masa, di mana pembeli mahupun penjual tidak mampu mengawalnya. Situasi ini biasanya disebut sebagai julat hari terikat (range bound day). Pada julat hari terikat, harga ditolak ke depan dan ke belakang oleh pembeli dan penjual, tetapi tidak dapat berpecah keluar daripada julat yang telah ditetapkan dengan penuh yakin. Situasi ini hampir sama dengan bermain ping pong. Kedua-dua pemain memukul bola ke depan dan ke belakang, dan sambil bola sedang melantun, setiap pemain akan cuba untuk berada di tempat terbaik untuk mendapatkan peluang terbaik untuk memukul bola ke arah pemain lawan. Pembeli akan menempatkan diri mereka di bahagian bawah julat dan cuba untuk menolak harga kembali ke tahap tinggi julat. Sementara itu, penjual meletakkan diri mereka di bahagian tinggi julat dan cuba untuk menolak harga kembali ke tahap rendah julat.

Adakalanya, mengetahui julat harian adalah perkara yang agak mencabar; dalam kes ini, pangsi akan menjadikan ia perkara yang mudah seperti gambar di bawah. Kita membuka jurang di bawah nilai $3007.50 kemudian membawanya ke atas melepasi pangsi. Harga ditolak ke kawasan $3015 dan kemudian ditolak turun pada titik $3009. Pembeli cuba untuk menolak harga kembali ke pangsi tinggi tetapi penjual mengambil kawalan dan menolak harga kembali ke pangsi lebih rendah. Pada pangsi lebih rendah ini, pembeli sekali lagi cuba dan kali ini, mereka berjaya menolak harga bukan sahaja ke titik pangsi lebih tinggi, tetapi melepasi tahap tinggi terdahulu sebelum ia jatuh semula ke bawah titik pangsi lebih tinggi, dan penjual memaksa harga kembali berhampiran pangsi lebih rendah.

Kesimpulannya, mengapakah pangsi sangat penting? Ia memberikan kita kawasan bekalan dan permintaan yang jelas di dalam carta. Ia digunakan oleh algoritma sebagai kawasan untuk masuk dan keluar daripada kedudukan. Ia juga merupakan tanda-tanda untuk Traders runcit mencari potensi pembalikan.

RINGKASAN

  • Cari pendetik yang mempunyai julat. Ini bermakna, saham dengan purata julat sebenar yang sesuai dengan pelan dagangan anda. Purata julat sebenar adalah purata jarak sesebuah saham bergerak dalam hari dagangan tertentu.
  • Apakah pemangkin untuk pergerakan? Adalah penting untuk anda memiliki tempoh masa yang singkat di mana anda merancang untuk masuk dan keluar daripada dagangan anda. Sesetengah Traders adalah Traders swing dan lebih gemar memegang kedudukan selama beberapa hari, manakala sesetengah Traders pula lebih gemar untuk masuk dan keluar secara intrahari atau dipanggil sesi tunai. Setelah anda memiliki pemangkin yang sesuai untuk tempoh masa anda, yang juga boleh jadi pergerakan teknikal biasa bagi saham anda.
  • Apakah strategi anda? Ia sangat penting sekiranya anda seorang Traders trend (yang pernah saya katakan bahawa trend adalah rakan anda), anda menggunakan pangsi sebagai pengesahan untuk titik entri dan keluar bagi dagangan anda. Seperti yang dipaparkan dalam angka 01* dan angka 02*. Jika anda seorang Traders trend bertentangan, anda perlu mencari sesuatu yang sangat berbeza. Anda perlu mencari harga untuk pembalikan selepas trend membuatkan momentumnya habis guna pada rangka masa tertentu.
  • Tempatkan pangsi pada carta anda. Setelah anda menempatkan pangsi, tunggu sehingga harga mencapai pangsi anda. Setelah harga mencapai pangsi anda, tunggu sehingga harga bertindak balas dengan pangsi anda. Tindakan ini adalah sangat penting. Anda tidak boleh terus masuk ke dalam kedudukan kerana harga telah mencapai pangsi. Anda perlu menunggu untuk melihat bagaimana harga bertindak balas dan kemudian anda boleh membuka kedudukan berdasarkan tindak balas ini. Pelaksanaan adalah perkara penting dan ikuti pelan dagangan anda. Bagi saya, pangsi standard adalah tidak mencukupi kerana minda saya mengecam tahap. Oleh itu, saya mengekod skrip pangsi yang saya gunakan yang meningkatkan ketepatan saya sebanyak 40% dan memberikan saya julat tidak terhad sekiranya saham berpecah keluat pada semua tahap tinggi atau tahap rendah. Jika anda mahu memperbaiki dagangan anda, gunakan struktur dan corak batang lilin yang berlaku pada titik pangsi, tetapi saya akan menghuraikannya dalam artikel yang lain.
Richard memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam pasaran kewangan dan penulisannya telah diterbitkan dalam CNBC, NASDAQ, Economy Watch, Motley Fool, dan Wired Magazine