Forex trading adalah salah satu kaedah yang paling popular untuk menjana pendapatan sampingan di Malaysia. Kehidupan kita telah dipenuhi dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan forex, seperti aktiviti perniagaan, pelancongan dan banyak lagi. Artikel ini akan menerangkan kepada anda beberapa petua untuk anda cara bermain forex dengan modal kecil.
Cara Pedagang Baru Mulakan Forex Trading
1. Pengetahuan
Sebelum anda memulakan trading, amat penting untuk memahami konsep dan ilmu umum yang berkaitan dengan forex. Memahami cara forex beroperasi pada skala global akan memberi anda perspektif mengenai perjalanan trading anda. Leverage, spread bid / ask, fundamental analisis dan analisis teknikal adalah beberapa syarat penting yang harus dipelajari sebelum bermula trading.
2. Akaun demo
Sekiranya anda risau untuk menggunakan wang anda sendiri sebelum mula trading, dinasihatkan untuk menggunakan akaun demo. Tujuan akaun demo adalah untuk membuat anda membiasakan diri dengan platform trading dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran anda dalam perdagangan. Pada masa kini, terdapat banyak broker forex yang menyediakan akaun demo kepada pelanggan mereka.
3. Copy trading
Copy trading membolehkan seseorang menyalin trading yang dijalankan oleh individu mahir yang dipilih. Dengan ini, anda boleh menyalin trading trader yang berpengalaman secara langsung dan prestasi trading anda akan sama seperti individu yang dipilih. Kaedah copy trading boleh menjimatkan masa bagi rakyat Malaysia yang selalu sibuk dengan pekerjaan. Walau bagaimanapun, trading dengan kaedah ini tidak akan dapat meningkatkan pengetahuan anda untuk trading, dan juga akan membuat anda terlalu bergantung kepada orang lain.
4. Memilih broker yang baik
Amat penting untuk memilih broker yang baik sebelum anda memulakan trading. Forex trading di Malaysia adalah sah sekiranya broker forex yang anda pilih adalah institusi kewangan berdaftar dan sah. Beberapa komponen terpenting dalam memilih platform yang baik adalah yuran perdagangan, teknologi, dan perkhidmatan yang disediakan oleh broker. Itulah sebabnya mengapa anda perlu membandingkannya secara berdampingan untuk mengetahui broker mana yang paling sesuai untuk anda. Tidak ada broker yang sempurna, hanya satu yang paling sesuai.
Forex Broker Terbaik di Malaysia
Sebagai pedagang baru, adalah penting untuk memilih broker yang baik. Anda harus tahu cara untuk menilai dan membandingkan mereka.
Berikut adalah forex broker yang terbaik di Malaysia:
1. Tickmill
- Dikawal selia oleh FSA, FCA dan CySEC
- Menawarkan Meta Trader 4 (MT4), platform perdagangan elektronik ini merupakan platform popular yang banyak digunakan oleh Trader Malaysia
- Trader Malaysia dapat mengunakan platform dalam Bahasa Melayu
- Daftar dan dapatkan deposit bonus yang bernilai $30 (RM126)
YOUR CAPITAL IS AT RISK
2. FBS
- Leverage sehingga 1:1000
- Mesra mata wang kripto
- Pembukaan akaun tanpa kerumitan
- Alat analisis yang inovatif
Trading Leveraged Products is Risky
3. Pepperstone
- Dikawal selia oleh ASIC, ABN, FCA
- Menawarkan elektronik trading platform yang terkanal di Malaysia seperti MT4 dan MT5
- Bahagian sokongan pelanggan di laman web menyediakan Soalan Lazim yang mudah dibaca oleh trader Malaysia yang baru
YOUR CAPITAL IS AT RISK
Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil
Sebagai forex trader yang baru, trading dengan modal kecil pasti aadalah disyorkan kerana ia adalah cara untuk memperoleh kemahiran trading dan pengalaman. Walau bagaimanapun, berdagang dengan modal yang kecil boleh menjadi sukar kerana akaun modal yang lebih besar dapat mempunyai penyangga (buffer) yang lebih baik terhadap kerugian atau peristiwa pasaran yang tidak dijangka. Berikut adalah beberapa cara untuk berdagang forex dengan modal kecil:
1. Leverage
Leverage membolehkan trader membuka posisi yang lebih besar dengan hanya modal kecil, mereka dapat membuka posisi yang lebih besar kerana wang itu dipinjam dari broker. Walaupun anda mungkin memperoleh lebih banyak modal dengan leverage, terdapat risiko kehilangan modal sekaligus, itulah sebabnya leverage dikenali sebagai “Double edge sword”.
Hampir semua broker forex menawarkan leverage. Broker tersebut akan mebuka position kecil dengan leverage rendah, misalnya, leverage 1: 5. Ini akan memberi trader position x5 daripada modalnya untuk trade.
2. Pengurusan risiko dan modal
Semasa trading dengan akaun kecil, pengurusan risiko adalah amat penting. Sebagai contoh, tetapkan 2% pada modal anda untuk setiap trade. Akaun dengan $ 100 (RM440) boleh mengambil 2%, iaitu $ 2 (RM8.40) untuk setiap position anda. Mulakan perdagangan anda lebih banyak, dan hanya apabila anda lebih yakin anda secara beransur-ansur meningkatkan ukuran perdagangan anda.
3. Sabar
Trading tidak akan memberi anda kejayaan dengan senang, perlahan-lahan meningkatkan modal dan kemahiran anda dengan perdagangan yang menguntungkan. Malah trader yang berpengalaman mengambil masa bertahun-tahun untuk dapat berdagang secara konsisten setiap hari dan mendapat keuntungan bersih.
YOUR CAPITAL IS AT RISK
Teknik forex (Cara Main Forex Dengan Betul)
Semasa memulakan perjalanan perdagangan anda, anda akan mempelajari teknik yang biasanya digunakan oleh trader lain-lain. Berikut adalah beberapa teknik biasa yang digunakan dalam forex trading:
Fundamental Analisis
Analisis fundamental adalah menganalisis kesejahteraan ekonomi negara tertentu. Pedagang yang menggunakan fundamental analisis adamah mereka bergantung kepada berita mengenai kebijakan ekonomi, GDP suatu negara, tingkat inflasi untuk menjalankan perdagangan mereka. Analisis fundamental biasanya merupakan perdagangan jangka sederhana hingga panjang, kerana masa diperlukan untuk kegiatan ekonomi berlaku di pasaran.
Teknikal Analisis
Analisis teknikal bebeza dari analisis fundamental. Teknik ini fokus pada analisis trend harga, data statistik, dan volume pasaran forex. Pedagang akan bergantung kepada faktor-faktor ini untuk menjalankan perdagangan mereka, dan jangka waktu perdagangan biasanya pendek. Pedagang teknikal selalunya percaya bahawa sejarah akan berulang, sebab itulah trend harga merupakan bahagian penting dalam aktiviti perdagangan mereka.
Teknik scalping
Forex scalping adalah salah satu cara yang digunakan oleh trader untuk memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Dalam scalping, trader biasanya membuka banyak trade sehari dan memanfaatkan pergerakan harga yang lebih kecil. Teknik ini adalah bebeza daripada fundamental trader yang mempercayai perdagangan jangka panjang.
Untuk menjadi pedagang forex scalping, anda harus yakin dengan trades anda. Ini kerana scalpers akan memantau jangka masa yang lebih pendek di pasaran, misalnya, carta harga 1 minit dan berharap dapat memperoleh keuntungan dari pergerakan kecil.
Biasanya, jangka masa 1 hingga 5 minit akan menjadi carta yang biasa bagi trader scalping, dan trader akan menetapkan had pengambilan untung hingga 5 pips, inilah sebabnya trader scalping harus tegas dan tidak bertahan lama dalam perdagangan mereka . Pelbagai trade kecil yang menguntungkan akan menjadi penting untuk membina pendapatan yang konsisten.
Teknik swing forex
Swing trading dalam forex dianggap sebagai teknik trading jangka sederhana. Matlamat utama teknik ini adalah untuk memperoleh keuntungan jangka masa sederhana dan diperlukan untuk mengadakan trade sekurang-kurangnya beberapa hari hingga minggu yang seterunsya.
Swing trading juga boleh dianggap sebagai gabungan analisis teknikal dan fundamental. Di mana mereka menggunakan analisis teknikal untuk menganalisis peristiwa harga lalu dan analisis fundamental untuk meramalkan bagaimana peristiwa ekonomi akan mempengaruhi pasaran forex dalam beberapa hari atau minggu.
Gaya trading ini lebih sesuai untuk pedagang Malaysia yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa tetapi juga mempunyai masa untuk memeriksa trades mereka, ini kerana position anda akan terbuka selama beberapa hari dan biasanya tidak memerlukan pemantauan yang ketat.
YOUR CAPITAL IS AT RISK
Kesimpulan
Kini, anda telah mempelajari cara main forex yang betul. Sebelum mula trading, anda haruslah menyediakan diri sendiri dengan kemahiran perdagangan yang menyeluruh. Selain itu, adalah sangat penting untuk pedagang baru mula mengenali cara main forex dengan modal yang kecil terlebih dahulu.
Forex trading memerlukan perjalanan jangka panjang untuk berjaya. Ingatlah untuk selalu mengambil langkah yang wajar dan sentiasa sabar. Bersemangat untuk menimba ilmu, dan jangan berharap untuk kejayaan segera, dan seperti biasa, selamat berdagang!
Mulakan perdagangan forex hari ini dengan broker Pepperstone, Tickmill, dan FXPro.