Ramai yang pasti masih tertanya-tanya tentang apa itu Bitcoin? Dan pasti ramai yang terpanggil untuk mengenali teknologi baharu ini secara lebih mendalam.
Secara ringkas, Bitcoin adalah matawang digital yang di perkenalkan pada tahun 2009 oleh organisasi atau individu misteri yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto. Bitcoin juga adalah matawang digital pertama yang diperkenalkan di dunia.
Juga dikenal sebagai BTC, Bitcoin kini kian menarik minat pelabur dan individu individu yang tertarik dengan kelebihan matawang digital tersebut.
Jadi, mari kita selam dengan lebih lanjut tentang Bitcoin dan teknologi di sebalik matawang tersebut.
Teknologi Bitcoin
Untuk mengenali Bitcoin dengan lebih mendalam, adalah penting untuk bakal pelabur untuk mempunyai pemahaman asas teknologi yang mendorong matawang digital tersebut. Teknologi tersebut dikenali sebagai Teknologi Blockchain.
Definisi ringkas dari Wikipedia bermaksud: “Blockchain adalah senarai rekod yang dikenali sebagai blok, dan dihubungkan menggunakan kriptografi.”
Setiap blok di dalam Blockchain mengandungi hash kriptografi dari blok sebelumnya seperti masa dan data transaksi. Oleh itu, pengubahsuaian data di dalam Blockchain secara haram adalah mustahil.
Persoalannya, apakah Bitcoin matawang digital seperti yang di ura-ura kan?
Kenapa Bitcoin itu berharga?
Bitcoin sangat berharga kerana permintaan untuknya semakin meningkat. Beberapa negara seperti Malaysia telah melihat bitcoin sebagai instrumen pembayaran yang sah, sehingga meningkatkan permintaan untuknya. Di samping itu, bitcoin juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan mata wang fiat lain, antaranya adalah keselamatan yang bebas daripada pihak ketiga dan tidak dapat dikesan.
Bitcoin mempunyai nilai intrinsik yang tinggi. Bitcoin adalah mata wang digital yang dicipta pada tahun 2009 dan direka sedemikian rupa sehingga tidak dipengaruhi oleh inflasi. Di samping itu, transaksi menggunakan Bitcoin cukup selamat kerana tidak bergantung pada bank atau institusi kewangan lain.
Status Bitcoin: Halal atau Haram?
Undang Undang
Mata wang digital tidak diiktiraf sebagai tender sah di Malaysia. Namun, ini tidak bermaksud bahawa mereka menyalahi undang-undang. ‘Tender sah’ hanya merujuk kepada mata wang yang digunakan sebagai kaedah pembayaran rasmi.
Sebagai contoh, U.S dolar tidak diterima sebagai tender sah di Malaysia, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda tidak boleh menggunakan matawang tersebut jika peruncit anda menerimanya.
Kerajaan Malaysia bahkan telah mengumumkan bahawa cryptocurrency tidak akan diharamkan. “Bukan niat pihak berkuasa untuk melarang atau menghentikan inovasi apa pun yang dianggap bermanfaat bagi masyarakat,” kata Kementerian Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dalam satu temu bual dengan The Malaysian Reserve pada 2 Januari 2018.
Oleh itu, platform pertukaran aset digital yang ingin beroperasi di Malaysia harus mematuhi sekumpulan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Peraturan-peraturan ini mewajibkan platform pertukaran untuk memiliki langkah-langkah yang kuat untuk melindungi pengguna dan aset mereka.
Hukum Islam
Jadi, apakah Bitcoin juga diterima dalam Hukum Islam?
Berdasarkan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ciri utama matawang adalah untuk memelihara keseluruhan sistem dunia. Matlamat akhir wang juga adalah untuk menjaga dan menampung urusan dunia seseorang untuk keuntungannya di akhirat.
Dalam Islam, para sarjana meletakkan ciri mata wang seperti senang dibawa, dikira, ketahanan dan seumpamanya. Namun ciri penting yang perlu ada sebagai mata wang ialah dua sifat utama:
Diterima Umum
Wang hendaklah diterima umum tidak kira dalam sistem ekonomi apa sekali pun bagi berfungsi sebagai alat tukaran.
Kestabilan Nilai
Sifat ini sangat penting kepada wang untuk menjalankan fungsi wang. Secara umumnya, nilainya yang stabil dan tidak mudah naik dan turun secara mendadak. Jika mata wang nilainya tidak stabil, maka ia tidak boleh berfungsi sebagai penyimpan nilai.
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun masa depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas.
Beliau juga berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh harus dikenakan zakat.
Namun, akan adanya risiko dalam setiap pelaburan. Maka, pelabur haruslah melabur dengan bijak dan bertanggung jawab.
Cara Mendapatkan Bitcoin
Secara amnya, terdapat tiga cara untuk mendapatkan matawang digital Bitcoin. Bakal pengguna boleh membeli, melombong atau memperolehi Bitcoin dengan menjual produk atau perkhidmatan.
Mari kita fahami terlebih dahulu bagaimana untuk melombong Bitcoin.
Melombong Bitcoin (Bitcoin Mining)
Perlombongan Bitcoin dilakukan oleh komputer berkuasa tinggi yang menyelesaikan masalah matematik yang sangat rumit. Peranan pelombong adalah untuk mengamankan rangkaian dan memproses setiap transaksi Bitcoin.
Pelombong mencapainya dengan menyelesaikan masalah komputasi yang membolehkan mereka menyatukan blok transaksi. Untuk perkhidmatan ini, pelombong akan diberi sejumlah Bitcoin dan yuran transaksi untuk perlombongan yang dibuat.
Secara ringkas perlombongan Bitcoin adalah penyimpanan keseluruhan rekod yang terdapat pada blockchain, sambil menambahkan transaksi baru dan membuat blok baru yang konsisten dan dapat disahkan di rantaian blockchain.
Jual Beli Bitcoin di Malaysia
Proses jual beli Bitcoin adalah sangat mudah. Pelabur hanya perlu mengunjungi exchange platform atau platform pertukaran di mana adanya pembelian Bitcoin.
Terdapat banyak platform yang menyediakan perkhidmatan jual beli Bitcoin di Malaysia. Antaranya adalah Luno yang telah diterima dan diregulasi di Malaysia. Selain itu, Remitano dan Binance juga ada menyediakan perkhidmatan yang sama.
Namun, bakal pengguna di nasihatkan untuk mengenal pasti platform yang terbaik dan selamat sebelum mula melabur dan berbual beli. Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna juga boleh mendapatkan informasi di sumber-sumber online yang boleh dipercayai.
Setelah memahami apa itu Bitcoin, nilai, status dan cara memperolehi matawang digital tersebut, adalah wajar untuk bakal piniengguna untuk mengetahui cara penyimpanan matawang tersebut.
Bagaimana Bitcoin Disimpan?
Sama seperti cara kita menyimpan wang atau kad dalam dompet fizikal, bitcoin juga disimpan di dalam dompet – dompet digital.
Dompet digital boleh berasaskan perkakasan atau berasaskan web. Dompet juga dapat berada di peranti mudah alih, di desktop komputer, atau disimpan dengan selamat dengan mencetak kunci dan alamat peribadi yang digunakan untuk akses di atas kertas.
Antara jenis dompet digital adalah:
- Dompet Desktop
- Dompet Perkakas (Hardware Wallet)
- Dompet Kertas
Tetapi, adakah dompet digital selamat digunakan?
Jawapan untuk ini bergantung pada bagaimana pengguna menguruskan dompet. Setiap dompet mengandungi sekumpulan kunci peribadi tanpa pemilik bitcoin tidak dapat mengakses mata wang.
Memahami Nilai Bitcoin Dengan Lebih Mendalam
Kita telah bincangkan tentang Bitcoin dan cara mendapatkannya. Kini, mari kita memahami lebih lanjut tentang nilai Bitcoin, dan mengapa matawang digital tersebut dianggap matawang masa hadapan dunia.
Kelebihan Bitcoin
1. Desentralisasi
Ciri Bitcoin yang utama adalah sifat desentralisasi atau tidak berpusat. Ia bermakna, Bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana institusi tetapi ia diusahakan oleh pengekod secara sukarela.
Penyelenggaraan dan operasi Bitcoin adalah menggunakan rangkaian komputer di seluruh dunia. Sifat Bitcoin yang tidak berpusat ternyata menarik perhatian individu yang tidak percaya dengan kawalan bank atau kerajaan terhadap aset kewangan mereka.
2. Bekalan Terhad
Mata wang fiat seperti Ringgit Malaysia, Dolar dan Euro mempunyai bekalan yang tidak terhad. Bank pusat boleh mengeluarkan seberapa banyak yang mereka mahukan, dan boleh berusaha memanipulasi nilai mata wang berbanding dengan yang lain.
Sebaliknya dengan Bitcoin, bekalan dikawal dengan ketat oleh teknologi algoritma. Sebilangan kecil Bitcoin baru akan dikeluarkan setiap satu jam, dan matawang akan dikeluarkan dengan kadar yang berkurang sehingga maksimum 21 juta telah dicapai.
Ini menjadikan bitcoin lebih menarik sebagai aset. Secara teori, jika permintaan meningkat dan penawaran tetap sama, nilainya akan meningkat.
3. Transaksi Tidak Boleh Diubahsuai
Transaksi Bitcoin tidak boleh ditarik balik seperti wang fiat. Ini kerana tiada kawalan pihak tengah yang mempunyai kuasa untuk melakukan pemulangan. Apabila transaksi direkodkan ke dalam rangkaian blockchain pengubahsuaian adalah mustahil.
Keburukan Bitcoin
1. Kos Transaksi
Pelombong diberi ganjaran kerana melombong Bitcoin dan setiap transaksi. Kos transaksi ini biasanya lebih tinggi daripada bertransaksi dengan wang tunai atau dengan kad kredit atau debit.
2. Waktu Pengesahan Transaksi
Permintaan tinggi untuk Bitcoin telah menimbulkan masalah keupayaan untuk pertukaran dan pelombong. Ini menyebabkan peningkatan waktu yang diperlukan untuk memastikan transaksi disahkan.
Norma transaksi Bitcoin kini mengambil masa selama 30 minit hingga satu jam untuk set pengesahan lengkap dilakukan pada kadar yang paling murah.
3. Kos Pengeluaran
Perlombongan Bitcoin memerlukan sejumlah besar elektrik dan menghasil kan banyak haba, yang memerlukan penyediaannya merangkumi sistem penyejukan. Hasilnya adalah bahawa perlombongan Bitcoin berlaku dengan kos tenaga yang luar biasa.
Mengapa Pelabur Digalakkan Menggunakan Bitcoin?
Pelbagai persoalan asas matawang Bitcoin telah terjawab diatas. Bakal pelabur seharusnya telah dapat memahami apa itu Bitcoin dan ciri-ciri yang mendorong terhadap pelaburan matawang tersebut.
Terdapat banyak kelebihan Bitcoin sebagai matawang digital yang boleh diguna pakai oleh para pelabur untuk mencapai kebebasan kewangan. Namun, seperti juga pelaburan matawang fiat, pelaburan Bitcoin juga mempunyai risiko yang tinggi.
Oleh itu, bakal pelabur di nasihatkan untuk memahami strategi pelaburan matawang digital yang baik. Anda juga di nasihatkan untuk melabur dengan pengetahuan yang tinggi dan penggunaan modal yang baik.