Skip to content

Cara Buka Akaun CDS Dengan Mudah Online

Analyst Team trader
Updated 24 Jun 2024

Melibatkan diri dalam pelaburan saham telah terbukti memberikan banyak faedah, termasuk keupayaan untuk meningkatkan pendapatan kewangan anda. Dalam hal ini, kepentingan pelaburan dapat dilihat telah diamalkan secara meluas dalam kalangan individu di negara ini.

Secara amnya, jika anda adalah salah seorang yang merancang untuk mula melabur saham, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira – antaranya ialah dengan mengambil tahu cara buka akaun CDS dan akaun dagangan.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang apa itu akaun CDS, cara ia berfungsi, jenis akaun CDS yang berbeza di Malaysia, dan semua perkara lain yang perlu anda ketahui sebelum anda mula melabur saham.

Apakah itu Akaun CDS?

Akaun Sistem Depositori Pusat, atau dikenali secara meluas sebagai akaun CDS, ialah akaun yang  akan gunakan untuk menyimpan semua rekod transaksi pegangan dan jual beli saham anda. Secara ringkasnya, akaun CDS berfungsi hampir sama dengan akaun mata wang fiat, bertindak sebagai dompet digital yang menyimpan semua yang rekod saham yang anda miliki dalam pasaran.

Depositori Bursa Malaysia menguruskan semua akaun CDS berdaftar di Malaysia, dan pelabur biasanya membuka akaun CDS melalui broker saham berdaftar pilihan mereka. Kerana akaun CDS berfungsi sebagai rekod semua pemilikan saham anda di Bursa Malaysia, setiap saham yang anda beli – walaupun daripada broker saham yang berbeza – akan disimpan dalam akaun CDS yang sama.

Dua Jenis Akaun CDS

Direct CDS

Apabila anda membuka akaun direct CDS , anda akan mempunyai akses yang lebih telus ke akaun anda sendiri, kerana anda akan menjadi pemegang saham tunggal. Tambahan pula, dengan  direct CDS , anda akan dapat memohon IPO dan menerima dividen terus ke akaun bank berdaftar anda.

Perlu diingat bahawa memiliki akaun CDS memerlukan sejumlah besar kertas kerja, yang biasanya merupakan prosedur standard bagi mereka yang terlibat dalam pasaran saham. Akibatnya, dengan akaun ini, pemegang saham tunggal bertanggungjawab untuk semua kertas kerja yang diperlukan.

Yang menarik tentang akaun direct CDS adalah pemindahan saham ke akaun ahli keluarga adalah dibenarkan.

Nominee CDS

Nominee CDS, atau dikenali sebagai akaun penama, sebaliknya, tidak meletakkan anda sebagai pemegang akaun; sebaliknya, broker saham akan dinamakan sebagai pemegang akaun tersebut. Tambahan pula, akaun penama tidak membenarkan anda memohon IPO, pembayaran dividen dipindahkan ke akaun broker dan bukannya akaun anda, dan saham hanya boleh dipindahkan ke akaun anda sendiri.

Namun, broker saham adalah bertanggungjawab bagi mengendalikan semua kertas kerja tindakan korporat untuk akaun CDS penama.

Jika anda baru dalam pasaran saham, adalah disyorkan agar anda membuka akaun penama, kerana broker pilihan anda akan membantu anda melalui prosedur yang diperlukan, yang mungkin sukar bagi sesetengah pelabur baru.

Mari kita lihat perbezaan antara dua jenis akaun CDS yang terdapat di Malaysia seperti gambar rajah di bawah.

  Direct CDS Nominee CDS
Pemegang Akaun Pemilik tunggal Nama broker saham
Pelaburan IPO Dibenarkan Tidak dibenarkan
Pembayaran Dividend Pembayaran terus ke akaun berdaftar pemilik tunggal Pembayaran ke akaun broker saham
Kertas Kerja Diuruskan oleh pemilik tunggal akaun Diuruskan oleh broker
Pemindahan Saham Pemindahan ke akaun keluarga dibenarkan Pemindahan ke akaun sendiri sahaja

Syarat-syarat Untuk Buka Akaun CDS

Seterusnya, mari kita perolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang syarat-syarat untuk buka akaun CDS di Malaysia.

Faktor pertama yang perlu anda faham ialah siapakah yang dibenarkan untuk mempunyai, atau untuk buka akaun CDS? Akaun CDS hanya boleh dibuka oleh individu yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan. Selain itu, mana-mana perbadanan, badan korporat, persatuan, pertubuhan atau mana-mana perbadanan amanah yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia adalah dibenarkan.

Tambahan lagi, adalah diingatkan bahawa anda diwajibkan untuk menyediakan bayaran sebanyak RM10 bagi proses pendaftaran akaun CDS di Malaysia.

Langkah-Langkah Cara Buka Akaun CDS

cara buka akaun cds

Source : Bursa Anywhere

Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh ikuti di Malaysia, bergantung pada tempat anda memilih untuk membuka akaun. Artikel ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang perlu anda ambil jika anda ingin mendaftar terus dengan Bursa Malaysia atau dengan akaun broker berdaftar tempatan dalam talian.

Mari kita lihat panduan langkah demi langkah cara buka akaun CDS di Malaysia melalui Bursa Anywhere apps, atau aplikasi Bursa Anywhere.

  1. Muat turun aplikasi Bursa Anywhere – Langkah pertama ialah memuat turun dan memasang aplikasi Bursa Anywhere pada peranti anda. Aplikasi ini tersedia di Google Play serta App Store.
  2. Buat akaun di Bursa Malaysia apps, Bursa Anywhere – Selepas memasang aplikasi, anda harus buka akaun CDS menggunakan nombor IC anda. Anda kemudiannya akan digesa untuk memasukkan maklumat anda, seperti tarikh lahir, jantina dan alamat e-mel anda.
  3. Buka akaun CDS – Setelah anda membuat akaun dengan Bursa Malaysia, anda boleh teruskan mendaftar akaun CDS anda sendiri. Maklumat lanjut akan diperlukan dalam langkah ini, serta pendaftaran akaun bank anda sendiri untuk dipautkan ke akaun CDS anda untuk pembayaran dividen. Langkah ini memerlukan anda menyediakan gambar depan dan belakang IC.
  4. Pilih broker anda – Selepas berjaya mendaftar akaun CDS, anda kini boleh memilih broker saham terbaik pilihan anda. Pastikan anda mengambil kira yuran broker dan caj tambahan lain, jika ada, yang mungkin terdapat semasa berdagang di pasaran saham Malaysia apabila memilih ejen broker tersebut.

Seterusnya, artikel ini akan membimbing anda melalui proses langkah demi langkah cara buka akaun CDS dengan broker saham pilihan anda.

  1. Pilih broker – Terdapat puluhan, ataupun ratusan broker saham sedia ada di Malaysia. Justeru, adalah penting bagi pelabur untuk mengambil kira pelbagai faktor yang diperlukan sebelum berdagang bersama broker yang anda ingin bekerjasama.
  2. Daftar untuk buka akaun CDS dan dagangan – Setelah anda membuat keputusan mengenai firma broker terbaik, anda boleh mendaftar dengan mereka.

Dalam proses pemilihan broker saham terbaik anda, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Faktor pertama adalah sama ada anda ingin membuka akaun Cash Upfront atau Margin/Contra dengan broker. Langkah seterusnya adalah untuk mempertimbangkan yuran broker, yang berbeza bergantung pada ejen broker tersebut.

Akaun Pendahuluan Tunai, ataupun Cash Upfront biasanya memerlukan pelabur mendepositkan wang mereka terlebih dahulu sebelum berdagang saham. Akaun Margin/Contra, sebaliknya, membolehkan pelabur meminjam wang daripada broker mereka untuk melabur saham.

Berapa Lama Masa Diambil Untuk Akaun CDS Diluluskan?

Secara amnya, proses kelulusan pembukaan akaun CDS di Malaysia adalah singkat. Pengesahan akaun CDS dan trading adalah dipercayai hanya mengambil masa beberapa hari bekerja, biasanya tidak akan melebihi 7 hari.

Akaun CDS Terbaik

Akaun CDS Terbaik

Anda pastinya telah perolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang cara buka akaun CDS dan akaun trading di Malaysia. Justeru, langkah seterusnya yang anda harus ambil sebelum bergiat aktif dalam melabur saham ialah memperolehi atau mendaftar untuk akaun CDS terbaik di Malaysia.

Antara ratusan broker saham yang tersedia di pasaran, terdapat broker yang menawarkan akaun CDS berkualiti yang harus anda tahu. Namun, apa yang membuatkan akaun CDS daripada broker ini dipilih sebagai akaun CDS pilihan? Mari kita dalami lebih lanjut setiap satu akaun, dengan ciri-ciri utama akaun CDS tersebut.

Rakuten Trade

Berbanding dengan broker saham lain yang terdapat di Malaysia, Rakuten Trade mempunyai yuran broker yang paling rendah. Dengan Rakuten Trade, pelabur dapat memilih antara tiga jenis akaun CDS sedia ada iaitu Cash Upfront, Contra dan Margin.

Rakuten Trade juga terkenal dengan platform perdagangan mudah alih yang mesra pengguna. Anda boleh layari laman web Rakuten Trade seperti tertera disini untuk membuka akaun CDS bersama mereka.

Hong Leong Bank

Selepas Rakuten Trade, Hong Leong Bank juga dinobat sebagai salah satu broker yang menyediakan perkhidmatan CDS akaun yang terbaik. Yuran broker bagi Hong Leong Bank juga adalah kedua terendah selepas Rakuten Trade.

Dengan Hong Leong Bank, anda boleh mengguna pakai ciri-ciri fungsi carta, sebut harga semasa dan pengesan saham semasa anda melabur saham dengan broker ini. Layari laman web Hong Leong Bank bagi membuka akaun CDS bersama broker ini.

UOB Kay Hian

Dikenali sebagai broker pilihan dan yang terbesar di Singapura, UOB Kay Hian juga menawarkan yuran broker yang rendah untuk pelabur saham di Malaysia. Sekiranya anda memilih untuk berdagang dengan broker ini, anda juga boleh melabur dalam saham atau sekuriti asing seperti di pasaran saham Singapura, Amerika, dan Hong Kong.

Layari laman web UOB Kay Hian untuk membuka akaun CDS bersama mereka atau daftar CDS online sekarang.

Mitrade

Juga menawarkan yuran broker yang rendah, serta platform dagangan mesra pengguna yang mudah diguna pakai, Mitrade mempunyai pelbagai kelebihan yang bagi kami, setiap pelabur harus tahu. Mari kita lihat antara kelebihan berdagang dan membuka akaun CDS bersama agen broker ini.

  • Tiada cukai pendapatan dan bayaran deposit diperlukan
  • Tidak perlu berdagang melalui Bursa Saham Malaysia
  • Terdapat akaun demo untuk latihan sebelum mula melabur saham

Daftar CDS online dengan Mitrade sekarang.

Maybank

Tidak menawarkan yuran broker yang berpatutan, yang mana lebih tinggi daripada rata-rata broker yang tersenarai dalam artikel ini, Maybank masih dinobatkan sebagai salah satu broker yang mempunyai akaun CDS terbaik kerana ianya dikenali ramai.

Antara ciri menarik yang ditawarkan Maybank adalah sebut harga semasa dan trend pasaran terkini.

Kesimpulan

Untuk buka akaun CDS tidaklah sukar seperti yang anda sangkakan. Setelah akaun dibuka, secara rasminya anda sudah boleh memulakan langkah pertama untuk melabur saham. Anda perlu berterusan mencari ilmu untuk memastikan bidang pelaburan saham ini membawa keuntungan kepada anda.