Skip to content

Saham Apple I Fakta Menarik Dan Cara Membeli Saham Ini

Analyst Team trader
Updated 21 Jun 2024

Buka Akaun Demo
Saham Apple

Dalam market pasaran saham, semestinya terdapat pelbagai jenis saham yang sedia dijual beli oleh pelabur-pelabur saham, atau lebih kerap digelar sebagai stock investors. Pelabur  bijak adalah mereka yang membuat kajian mendalam bagi setiap jenis saham sebelum mereka melabur. Terdapat pelbagai faktor yang harus diambil kira dalam memilih saham  terbaik, antaranya ialah untuk mengenalpasti syarikat atau company yang ingin anda berurusan dalam market pasaran saham. Antara company, atau syarikat terkenal dimana rata-rata pelabur ingin perolehi ialah saham Apple.

Dalam artikel ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam tentang saham ini, sejarah penubuhan syarikat tersebut, nilai atau harga saham sekarang, faktor yang mempengaruhi harga saham , prestasi saham tersebut, cara-cara untuk membeli saham  dan faktor lain yang pelabur perlu tahu tentang syarikat, atau company tersebut.

Berikut adalah carta harga saham syarikat pada tahun. Dapat dilihat bahawa saham syarikat tersebut masih bergerak dengan sihat, dimana penurunan yang dapat kita lihat daripada gambar rajah di atas, sering diganti dengan penaikan harga  lebih tinggi.

Cara Beli Saham Apple

Setelah kita selami dengan terperinci tentang sejarah penubuhan syarikat, nilai saham dan faktor yang mempengaruhi nilai saham ini, mari kita lihat cara bagi pelabur di Malaysia untuk mendapatkan saham terbaik ini.

Untuk membeli saham Apple, pertama anda mesti mendaftar pada platform dagangan dalam talian, ataupun broker pilihan anda. Selepas pendaftaran mudah pada platform pelaburan dalam talian, anda mempunyai akses penuh kepada maklumat tentang saham ini, seperti: harga dagangan, bilangan hari ianya dibeli dan harga mogok. Terdapat juga platform dagangan yang mempunyai pelbagai penunjuk untuk menganalisis tingkah laku saham syarikat tersebut.

Selain itu, anda juga boleh membeli saham syarikat teknologi terbesar ini daripada broker pilihan anda, serta bank-bank di Malaysia yang menawarkan pembelian dan pelaburan saham dari luar negara.

Sejarah penubuhan Syarikat Apple

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak, dikenali untuk memasarkan satu produk pada mulanya, iaitu Apple I PC (personal computers) Wozniak. Kemudian pada 1980-an dan ke 1990-an, syarikat tersebut terkenal dengan barisan komputer Macintosh – zaman keemasan bagi syarikat itu. Tetapi tempoh itu juga menandakan berakhirnya era pertama Steve Jobs, apabila pengasas selebriti itu digulingkan pada tahun 1985.

Syarikat Apple kemudian bergelut pada tahun 1990-an, malah hampir bankrap pada satu ketika. Saham syarikat tersebut juga jatuh hampir 80% antara Mac 1992 dan Disember 1997. Bagaimanapun, Steve Jobs kembali ke syarikat tersebut pada akhir 1990-an dan mencipta sejarah sekali lagi dalam industri teknologi dalam tempoh setengah dekad berikutnya.

Hari ini, Apple ialah antara syarikat teknologi terbesar yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan daripada telefon pintar 5G kepada jam tangan pintar dan juga pembiayaan melalui perkongsian kad kredit dengan Goldman Sachs ($GS). Sehingga Mei 2021, konglomerat ini ialah syarikat paling berharga di dunia, dan satu-satunya di AS yang pernah mencecah nilai melebihi $2 trilion, menurut Nasdaq.

Nilai Saham Apple

Berikut ialah beberapa fakta dan angka penting mengenai saham Apple:

  1. Pulangan tahunan sebanyak 19%  IPO, lebih baik daripada S&P 500 sebanyak kira-kira 11 mata peratusan;
  2. Kemeruapan tahunan sebanyak 45%, diukur dengan satu sisihan piawai, iaitu pepejal tiga kali lebih tinggi daripada turun naik S&P 500 (iaitu lebih berisiko). Walau bagaimanapun, apabila Apple semakin matang sebagai sebuah syarikat dan saham, turun naik telah menurun kepada 28% yang lebih terurus sejak 2010;
  3. Pengeluaran puncak maksimum sebanyak 82%, penarikan balik yang berlaku bukan semasa pembetulan gelembung dot-com besar pada tahun 2003, semasa kemelesetan yang menyusul. Menjelang awal tahun 2005, Apple telah pun menuntut semula paras tertinggi sepanjang masa.
  4. Fakta menarik #1: walaupun Apple telah menghasilkan pulangan  cemerlang IPO, 18 bulan pertama adalah sangat sukar. Antara Disember 1980 dan awal Julai 1982, saham Applemerosot 62%. Sejak itu, saham telah meningkat sebanyak 324,000%.
  5. Fakta menarik #2: walaupun sebanyak 19% pulangan tahunan daripada tarikh IPO tertunggak, prestasi jangka panjang terbaik saham berlaku antara bahagian bawah 2003 dan hari ini. Dalam tempoh 18 tahun ini, saham syarikat tersebut menghasilkan keuntungan tahunan sebanyak 42%. Pelaburan awal sebanyak $1,000 pada April 2003 akan bernilai setengah juta sekarang.

Faktor yang boleh mempengaruhi harga saham Apple

Antara faktor hebat yang mempengaruhi harga saham yang paling ketara ialah apabila adanya keluaran produk-produk baru daripada syarikat tersebut. Antara produk yang paling mendapat perhatian ramai pengguna adalah iPhone, jam pintar Apple (Apple watch), Apple TV, iPad serta aksesori menarik dari syarikat gergasi ini.

Mari kita lihat antara contoh nilai saham syarikat tersebut setiap kali iPhone keluaran baru dilancarkan.

Pelancaran iPhone 7, 2016

Pelancaran iPhone 7 2016

Seperti yang dapat dilihat daripada rajah di atas, dengan anak panah merah yang disertakan, saham syarikat tersebut dilihat turu sedikit pada hari keluaran iPhone baru pada 2016, dan melonjak naik pada hari-hari  berikut.

Pelancaran iPhone 11, 2019

Pelancaran iPhone 11 2019

Sama seperti tahun berikutnya, harga saham dilihat turun pada hari pelancaran iPhone 11 pada tahun 2019, kemudian melonjak naik dengan banyak pada hari-hari  berikutnya.

Pelancaran iPhone 12, 2020

Pelancaran iPhone 12 2020

Trend yang sama dapat dilihat semula pada tahun 2020, apabila Apple melancarkan iPhone keluaran terbaru mereka pada tahun 2020, iaitu iPhone 12. Justeru, dapat dilihat bahawa, pelancaran produk baharu, terutamanya iPhone adalah antara faktor yang memainkan peranan dalam nilai saham syarikat gergasi tersebut.

Oleh itu, anda boleh menggunapakai tips ini sekiranya anda mahu bergiat aktif dalam pembelian saham syarikat terbaik di Nasdaq ini.

Kaunter di Bursa Malaysia mempunyai kaitan dengan Saham Apple?

Adakah kaunter di Bursa Malaysia mempunyai kaitan dengan Apple? Mari kita selami dengan lebih lanjut.

Sebelum kita selami kaitan antara kaunter Bursa Malaysia dan Apple, anda harus tahu bahawa syarikat tersebut berkerjasama dengan Globetronics Technology Berhad (Gtronics), Inari Amerton Berhad (Inari) dan Malaysia Pacific Industries (MPI) bagi pembuatan komponen semikonduktor mereka.

Justeru, secara tidak langsung, saham ketiga-tiga syarikat ini akan turut naik apabila adanya permintaan tinggi terhadap barangan Apple.

Melabur Dengan Bijak Bersama Kami di AskTraders

Andainya anda adalah seorang pelabur baru, adalah penting bagi anda untuk memahami pasaran saham pada masa ini. Pelaburan saham sememangnya aktiviti yang baik bagi mereka yang ingin menambah baik sumber kewangan. Namun, anda boleh juga mengalami kerugian yang banyak sekiranya anda tidak melabur dengan bijak. Justeru, penyelidikan yang mendalam adalah harus sebelum mula berkecimpung dengan pelaburan saham. Dengan artikel-artikel panduan dari rakan seperjuangan kami di AskTraders, diharap anda boleh menggunakannya dengan sebaik boleh.