Berikut adalah senarai syarikat yang patuh saham di Malaysia pada tahun 2024. Untuk laporan yang lebih menyeluruh, anda boleh semak di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Senarai Syarikat Sekuriti
- Boustead Holdings Bhd
- Bursa Malaysia Bhd
- DGB Asia Bhd
- DKSH Holdings (Malaysia) Bhd
- Focus Point Holdings Bhd
- G Neptune Bhd
- Gagasan Nadi Cergas Bhd
- Hubline Bhd
- Mikro MSC Bhd
- RGT Bhd
- Sentoria Group Bhd
- SLP Resources Bhd
- Techbond Group Bhd
- TFP Solutions Bhd
Senarai Syarikat Utiliti
- Gas Malaysia Bhd
- Malakoff CorporationBhd
- Mega First Corporation Bhd
- PBA Holdings Bhd
- Petronas Gas Bhd
- Ranhill Holdings Bhd
- Salcon Bhd
- Taliworks Corporation Bhd
- Tenaga Nasional Bhd
Syarikat Perkhidmatan Kewangan
- BIMB Holdings Bhd
- Bursa Malaysia Bhd
- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd
Senarai Syarikat Amanah Pelaburan Hartanah Islam
- Damansara REIT Managers Sdn Bhd
- Axis REIT Managers Bhd
- KLCC REIT Management Sdn Bhd
Senarai Dana Dagangan Bursa (ETF) Islam
- MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25
- MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend
- MyETF MSCI SEA Islamic Dividend
- MyETF Thomson Reuters Asia Pacific Ex-Japan Islamic Agribusiness
- MyETF Dow Jones U.S. Titans 50
- Tradeplus Shariah Gold Tracker
Apa itu Saham Patuh Syariah?
Sebagai pedagang baru, tentunya anda ingin memastikan pelaburan saham anda adalah selamat dan tidak terjejas. Terutamanya kepada pelabur atau pedagang muslim baharu, adalah penting untuk anda tahu jenis saham dan adakah terdapat saham patuh syariah di Malaysia.
Patuh syariah di dalam konteks pelaburan di Malaysia bermaksud saham dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan memenuhi keperluan perundangan Islam dari tiga aspek, iaitu
1. Larangan yang berkaitan dengan riba
Riba adalah diterjemahkan secara kasar sebagai memperolehi keuntungan eksploitatif yang tidak adil yang dibuat dalam perdagangan atau perniagaan di bawah undang-undang Islam.
Adalah penting untuk pelabur baru memastikan agar syarikat yang ingin dibeli atau broker yang ingin dipilih untuk tidak praktik riba dalam organisasi dan perkhidmatan mereka.
2. Tidak Menggunakan Kontrak yang samar-samar (Gharar)
Gharar bermaksud ketidakpastian, bahaya, peluang atau risiko. Ini adalah unsur negatif dalam konteks Islam, sama seperti riba. Satu kamus Islam menggambarkannya sebagai “penjualan apa yang belum ada”.
Justeru, pelabur haruslah memastikan kontrak perdagangan sama ada dengan syarikat yang ingin dibeli atau dengan broker pilihan adalah jelas dan nyata.
3. Tiada perjudian dan aktiviti lain yang melibatkan perkhidmatan yang tidak beretika
Perjudian adalah dilarang sama sekali di dalam konteks Islam. Ini adalah kerana perjudian adalah memudaratkan. Justeru, adalah penting bagi pelabur baru untuk memperolehi pengetahuan perdagangan yang menyeluruh sebelum mula berdagang.
Pelabur juga harus tahu sekiranya sesebuah syarikat saham menjalankan aktiviti-aktiviti perjudian ataupun yang tidak beretika.
Syarat-Syarat Saham Patuh Syariah
Namun, semestinya terdapat badan beretika atau organisasi di Malaysia yang akan memastikan terlebih dahulu sekiranya syarikat syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh syariah atau tidak. Badan organisasi ini dilantik untuk memudahkan pelabur Muslim baharu di Malaysia untuk berdagang.
Dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah, badan organisasi ini akan melakukan siasatan kepada syarikat saham dan meletakkan status patuh syariah kepada mereka, berdasarkan cara-cara di bawah.
Pemeriksaan Aktiviti Perniagaan Syarikat
Majlis Penasihat Syariah akan mengambil kira peratus sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada keseluruhan hasil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sesebuah syarikat. Pengiraan akan dibuat dan dibandingkan dengan penanda aras aktiviti perniagaan yang berkaitan seperti berikut:
Penanda Aras 5%
Penanda aras 5% digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan syariah.
Peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada lima peratus daripada pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Aktiviti-aktiviti yang diselia adalah seperti perniagaan yang disenaraikan di bawah.
- Perbankan konvensional
- Insurans konvensional
- Perjudian
- Minuman keras dan segala aktiviti berkaitan dengannya
- Daging khinzir dan segala aktiviti berkaitan dengannya
- Makanan dan minuman yang tidak halal
- Aktiviti hiburan yang tidak patuh syariah
- Tembakau dan segala aktiviti berkaitan dengannya
- Pendapatan yang dijana hasil daripada kadar faedah dan bunga
- Segala jenis aktiviti perniagaan berkaitan yang tidak mematuhi prinsip syariah
Penanda Aras 20%
Penanda aras 20% digunakan bagi aktiviti perniagaan yang disenaraikan di bawah dan peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 20 peratus pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat:
- Perdagangan saham
- Perniagaan berkaitan broker saham
- Hasil sewaan yang diterima daripada aktiviti yang tidak patuh syariah
- Lain-lain aktiviti perniagaan yang dilihat sebagai tidak menepati prinsip syariah
Pemeriksaan Tanda Aras Nisbah Kewangan Syarikat
Majlis Penasihat Syariah juga menetapkan riba syarikat tidak melebihi daripada 33% daripada keuntungan syarikat dalam aktiviti-aktiviti dibawah.
Simpanan Tunai ke Atas Jumlah Aset Keseluruhan
Simpanan tunai di akaun bank dan instrumen konvensional nilai keseluruhannya mestilah kurang 33%. Simpanan tunai di perbankan Islam dikecualikan di dalam pengiraan kerana tidak mempunyai riba.
Nilai Hutang ke Atas Jumlah Aset Keseluruhan
Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, dan ianya mestilah kurang daripada 30%. Manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
Pemeriksaan Kualitatif
Majlis Penasihat Syariah juga akan memastikan pandangan umum masyarakat terhadap sesebuah syarikat adalah positif. Imej dan aktiviti syarikat haruslah sejajar dengan perspektif dan konteks Islam.
Setelah lulus ketiga-tiga syarat patuh syariah, barulah Majlis Penasihat Syariah akan meletakkan status patuh saham kepada syarikat-syarikat tersebut.
Mengapa Status Patuh Saham Penting?
Sebagai pelabur Islam, adalah disarankan untuk mendapatkan keuntungan yang halal dan daripada sumber yang jelas dan beretika. Justeru, dengan adanya pelaburan patuh syariah yang telah melalui proses audit atau penyaringan yang ketat, anda tidak perlu lagi mempunyai perasaan ragu-ragu dalam niat anda untuk melabur.
Kesimpulan
Sebagai pelabur Islam yang baru ingin mengenali dunia perdagangan, pastikan pelaburan saham yang anda pilih adalah saham patuh syariah dan jauh dari unsur-unsur haram. Buat lah pilihan yang tepat dan pastikan anda lengkap dengan ilmu pelaburan sebelum memulakan perjalanan pelaburan anda.