Skip to content

Tutorial Indeks Kekuatan Relatif (RSI)

Richard Cox trader
Updated 5 Jun 2020

Indeks Kekuatan Relatif (RSI), dibangunkan oleh J. Welles Wilder dan diperkenalkan buat kali pertama kepada pasaran kewangan dalam manual dagangannya pada tahun 1978 berjudul New Concepts in Technical Trading Systems. Secara dasarnya, RSI menjejak harga pasaran bertindak sebagai pengayun momentum, yang bermakna bacaannya naik dan turun antara dua ekstrem yang dicartakan (0 dan 100).


Buka Akaun Demo

Dalam kebanyakan penggunaan tradisionalnya, nilai di bawah 30 ditafsirkan sebagai kurang nilai (atau “terlebih jual”) manakala nilai RSI melebihi 70 dianggap sebagai terlebih nilai (atau “terlebih beli”). Bacaan bermaklumat ini boleh digunakan untuk mereka bentuk strategi dagangan dan memberi amaran kepada Traders tentang potensi pembalikan harga atau tarikan balik pembetulan dalam trend pasaran yang lebih besar.

ASAS RSI

RSI adalah salah satu alat analisis teknikal pasaran yang paling terkenal tetapi kegunaannya sering disalahgunakan. Pengiraan asas RSI adalah mudah dan berdasarkan pada rumusan dua bahagian:

 Indeks Kekuatan Relatif =  

100 – [ 100 / 1 + (Purata Perolehan / Purata Kerugian) ]

Pengiraan angka “purata keuntungan/purata kerugian” secara asasnya adalah purata pergerakan harga (dinyatakan dalam peratus) yang berlangsung sepanjang tempoh masa look-back tertentu. Kebanyakan stesen pencartaan menetapkan tempoh lalai ini sebagai 14 hari, dan langkah kedua dalam rumusan penunjuk adalah untuk melancarkan keputusan ini selama tempoh ini.

Menggunakan pengiraan di atas, nilai RSI boleh menjadi bawah daripada harga aset pada sejarah carta:

Perhatikan bahawa RSI meningkat apabila bilangan tempoh penutupan bulis (lilin berwarna hijau) meningkat, dan jatuh apabila bilangan tempoh penutupan bearis (lilin berwarna merah) meningkat. Semasa trend menaik yang kukuh, nilai RSI akan mula menghampiri 100. Semasa tempoh trend menurun yang kukuh, nilai RSI akan mula menghampiri 0.

Berikut adalah paparan carta harga di atas yang lebih jelas, menunjukkan nilai RSI secara berasingan:

 

Seperti yang boleh dilihat, bacaan RSI cenderung berada dalam julat pertengahan pada hampir sepanjang sejarah harga. Semasa situasi di mana nilai RSI menjangkaui sempadan median, penunjuk memberikan isyarat kepada Traders yang mencadangkan trend telah terlebih lanjut dan pembalikan mungkin bersedia untuk bermula.

CONTOH DAGANGAN RSI

 Mari lihat pada contoh tentang bagaimana isyarat-isyarat ini muncul pada carta harga masa nyata. Di bahagian awal sejarah carta BTC/USD (bahagian kiri carta), kita dapat lihat bahawa penilaian BTC berada dalam rali jangka pendek:

Walau bagaimanapun, aktiviti harga bulis ini menghantar penilaian BTC ke kawasan terlebih beli (dengan bacaan RSI bergerak ke 85). Rali dalam BTC bermula untuk tidak bergerak setelah penunjuk mencadangkan aset telah terlebih nilai. Dalam contoh ini, carta harga BTC/USD menghantar isyarat penting yang mencadangkan bahawa ini masa yang baik untuk mula memendekkan pasaran.

Pengesahan bagi isyarat “terlebih beli” awal datang apabila penunjuk RSI melintas kembali di bawah ambang 70. Aktiviti penunjuk RSI ini mengesahkan bahawa momentum pasaran sedang berpusing (iaitu rali bulis terdahulu tidak dapat dilanjutkan lagi).

Pada tahap ini, dagangan pendek perlu dimulakan dengan henti rugi di atas tahap tinggi harga yang mencipta bacaan penunjuk terlebih beli pada RSI (garis mendatar berwarna putih). Traders akan meletakkan henti rugi di kawasan ini kerana isyarat jual akan menjadi tidak sah sekiranya harga boleh bergerak di atas kawasan ini pada masa hadapan. Sasaran keuntungan pada kedudukan pendek perlu diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 3x daripada jumlah risiko dagangan (jarak antara titik kedudukan entri dan henti rugi).

Setelah dagangan pendek BTC/USD mula bergerak dalam arah yang menguntungkan (ke bawah), Traders boleh mengalihkan henti rugi ke titik pulang modal (mengalihkan semua risiko pada dagangan ini). Traders juga perlu mula mencari sebab untuk menutup kedudukan sepenuhnya (mengaut keuntungan). Perkara ini berlaku apabila harga jatuh ke kawasan terlebih jual (melanggar ambang 30 ke bahagian bawah), mencipta isyarat yang diperlukan untuk menutup kedudukan pendek dan mengaut keuntungan pada dagangan.

Dalam contoh dagangan RSI yang seterusnya, kita dapat lihat senario bulis mula terbentuk. Harga pasaran dalam BTC/USD dilihat berada dalam trend menurun jangka pendek (bahagian kiri carta). Situasi ini menghantar nilai penunjuk RSI ke bawah ambang terlebih jual (mencecah 20). Pada tahap ini, Traders akan melihat isyarat ini sebagai potensi peluang untuk membeli BTC/USD sekarang kerana aset telah terkurang nilai.

Isyarat pengesahan tiba apabila penunjuk RSI melintasi kembali di atas ambang 30 (menandakan bahawa trend menurun jangka pendek telah selesai). Dalam kes ini, peraturan strategi yang sama masih dikenakan (hanya secara songsang). Dagangan panjang akan dimulakan dengan henti rugi diletakkan di tahap harga rendah yang mencipta bacaan penunjuk terlebih beli pada RSI (garis mendatar berwarna putih). Traders akan meletakkan henti rugi di kawasan ini kerana isayrat jual akan menjadi tidak sah sekiranya harga dapat bergerak di atas kawasan ini pada masa hadapan. Sasaran keuntungan pada kedudukan jangka panjang perlu diletakkan sekurang-kurangnya 3x daripada jumlah risiko pada dagangan. Setelah dagangan pendek BTC/USD mula untuk bergerak dalam arah yang menguntungkan (ke bawah), Traders boleh mengalihkan henti rugi ke titik pulang modal (mengalihkan semua risiko pada dagangan).

STRATEGI KECAPAHAN RSI

Satu lagi cara penting Traders pakar dalam menggunakan penunjuk RSI adalah untuk mengenal pasti kecapahan harga. Pada dasarnya, kecapahan penunjuk boleh ditemui apabila pergerakan harga yang besar (rali atau penurunan) tidak disahkan oleh penunjuk statistik objektif. Dari segi praktikal, kejadian ini mencadangkan bahawa tingkah laku pasaran telah menjadi tidak rasional dan harga perlu kembali ke purata sejarahnya.

Dalam contoh Kecapahan RSI pertama, kita dapat lihat bahawa BTC/USD berada dalam trend menaik yang mendadak pada carta 4 jam. Walau bagaimanapun, rali harga yang kukuh ini tidak disahkan oleh bacaan penunjuk RSI, yang sebenarnya bergerak lebih rendah walaupun apabila pelabur menunjukkan minat terhadap bulis dan membeli aset. Dalam kes ini, Traders perlu membentuk kedudukan pendek bercanggah berdasarkan pada jangkaan bahawa trend bulis semasa adalah tidak sah.

Semasa menstruktur idea dagangan tertentu berdasarkan pada kejadian Kecapahan Bearis, kebanyakan peraturan dagangan yang sama masih diguna pakai. Henti rugi pada kedudukan pendek perlu diletakkan di atas tahap tinggi harga yang mengikuti isyarat penunjuk utama (garis mendatar berwarna putih). Sasaran keuntungan awal perlu ditetapkan sekurang-kurangnya 3x daripada jumlah risiko pada kedudukan.

Dalam contoh Kecapahan RSI kedua, kita dapat lihat bahawa BTC/USD berada dalam trend menurun yang kukuh pada carta 4 jam. Walau bagaimanapun, penurunan harga yang mendadak ini tidak disahkan oleh bacaan penunjuk RSI, yang bergerak lebih tinggi. Dalam kes ini, Traders boleh membentuk kedudukan pendek bercanggah berdasarkan pada jangkaan bahawa trend bearis semasa adalah tidak sah.

Pada dasarnya, penunjuk RSI memberitahu kita bahawa pasaran perlu diperbetulkan ke sejarah purata. Dalam kes ini, pembetulan memerlukan pergerakan ke bahagian atas, dan situasi ini sudah cukup untuk Traders kecapahan memulakan kedudukan panjang baru dalam BTC/USD. Semasa menstrukturkan idea dagangan tertentu pada kejadian Kecapahan Bulis, henti rugi pada kedudukan panjang perlu diletakkan di bawah tahap rendah harga yang mengikuti isyarat kecapahan utama. Begitu juga, sasaran keuntungan awal perlu ditetapkan sekurang-kurangnya 3x daripada jumlah risiko pada kedudukan.

PENGEHADAN STRATEGI RSI

Pengiraan RSI membandingkan kekuatan momentum trend bulis/bearis. Maklumat ini kemudiannya dipaparkan pada carta harga bersejarah sebagai cara untuk memberi amaran kepada Traders terhadap kebarangkalian peristiwa pembalikan dalam penilaian aset. Walau bagaimanapun, bacaan-bacaan ini paling mudah diramal apabila menilai trend harga jangka panjang.

Semasa melihat pada sejarah harga jangka pendek, adalah sukar untuk mengenal pasti isyarat pembalikan sebenar dan Traders berkemungkinan akan menemui banyak amaran palsu. Sudah tentu, situasi ini boleh membawa kepada kerugian dagangan apabila kedudukan tidak diuruskan dengan betul. Oleh itu, adalah penting untuk memiliki parameter yang jelas semasa menetapkan henti rugi dan sasaran keuntungan. Hasilnya, penunjuk RSI sering digunakan semasa tempoh pasaran berayun (semasa trend harga bergolak antara momentum bulis dan bearis dalam corak yang stabil). Dalam sebarang keadaan, Traders perlu sentiasa menggunakan perlindungan henti rugi untuk mengehadkan potensi kerugian sekiranya trend pasaran mula bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan.

RINGKASAN

  • RSI telah dibangunkan oleh Welles Wilder dan diperkenalkan kepada pasaran kewangan pada tahun1978.
  • RSI menjejak harga pasaran sebagai pengayun momentum, bergolak antara dua ekstrem yang dicartakan (0 dan 100).
  • Isyarat RSI dianggap terlebih nilai(atau “terlebih beli”) apabila penunjuk meningkat melebihi 70 dan terkurang nilai (atau “terlebih jual”) apabila penunjuk jatuh di bawah
  • Bacaan RSI cenderung berada dalam julat tengah hampir sepanjang masa. Bacaan RSI di atas 70 menandakan potensi peluang jualan manakala bacaan 30 mewakili potensi peluang pembelian.
  • Apabila nilai RSI menjangkaui sempadan median, penunjuk memberikan isyarat kepada Traders yang mencadangkan trend telah terlebih jangkauan dan pembalikan bersedia untuk bermula.
  • Kecapahan RSI boleh ditemui apabila pergerakan harga utama (rali atau menurun) tidak disahkan oleh penunjuk statistik objektif, mencadangkan harga perlu kembali ke purata sejarahnya.
  • Penunjuk RSI boleh digunakan untuk mengenal pasti pembalikan trend dan kecapahan yang bercirikan sebarang kelas aset (kripto, forex, saham, komoditi, dll.).
  • Semasa menggunakanRSI, Traders perlu sentiasa menggunakan perlindungan henti rugi bagi mengehadkan potensi kerugian sekiranya trend pasaran mula bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan.
Richard memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam pasaran kewangan dan penulisannya telah diterbitkan dalam CNBC, NASDAQ, Economy Watch, Motley Fool, dan Wired Magazine