Skip to content

Tutorial Pelaburan Pertumbuhan

Richard Cox trader
Updated 22 Jun 2022

Pelaburan pertumbuhan adalah strategi pasaran kewangan untuk membina kekayaan modal dengan memberi tumpuan pada aset yang mampu mencapai pengembangan melebihi purata pada masa hadapan. Pendekatan pasaran ini menumpukan pada prestasi saham pertumbuhann, yang biasanya dikategorikan sebagai syarikat bermodal kecil dengan unjuran pendapatan melebihi purata (berkaitan dengan sektor industri serta pasaran yang lebih luas).


Buka Akaun Demo

Kebolehan untuk membeli syarikat kecil di peringkat pertumbuhan terawal adalah kemahiran yang boleh menjana pulangan yang lumayan sekiranya perniagaan tersebut dapat menunjukkan prestasi yang dijangkakan. Inilah sebab utama pelaburan pertumbuhan amat menarik untuk ramai pelabur. Walau bagaimanapun, banyak daripada syarikat-syarikat ini adalah baru dan tidak diuji, oleh itu, terdapat risiko yang mungkin tidak dikaitkan dengan bentuk strategi pelaburan jangka panjang yang lebih tradisional.

MEMAHAMI PELABURAN PERTUMBUHAN

Biasanya, pelabur pertumbuhan akan mencari peluang pelaburan dalam pasaran atau industri yang sedia untuk menunjukkan perkembangan yang pesat. Adakalanya, perkhidmatan, produk atau teknologi baru sedang dibangunkan dengan baik. Pelaburan pertumbuhuan ini menyasarkan untuk memanfaatkan keuntungan pendapatan yang muncul ini dan menjana tambah nilai modal dalam proses ini. Secara ringkasnya, “tambah nilai modal” merujuk kepada pendapatan yang akan diterima oleh pelabur selepas nilai saham meningkat dan kedudukan ekuiti dijual.

Berbanding dengan pelaburan dalam saham dividen (yang menjana pulangan sampingan), strategi pelaburan pertumbuhan memerlukan laba modal untuk mencapai keuntungan. Biasanya, syarikat-syarikat dalam kategori pertumbuhan saham tidak menawarkan dividen kepada pemegang saham kerana wang ini diperlukan untuk melabur semula dalam perniagaan teras. Ini merupakan cara terpantas untuk pertumbuhan pendapatan dalam peringkat-peringkat terawal syarikat.

Syarikat pertumbuhan biasanya adalah perniagaan baru bersaiz kecil (dengan saham yang baru sahaja disediakan untuk perdagangan di bursa saham). Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi saham dengan potensi meningkat (untuk tambah nilai modal) dalam semua pasaran kewangan. Carta di bawah menawarkan perbandingan kategori industri dan kadar pertumbuhan/dividennya. Pertimbangkan trend pertumbuhan yang kukuh yang dilihat dalam industri teknologi maklumat, budi bicara pengguna dan penjagaan kesihatan:

Dengan mengingati trend-trend ini, idea teras dalam pelaburan pertumbuhan adalah syarikat baharu akan dapat berkembang dan berjaya dalam cara yang mustahil untuk syarikat lama yang besar. Potensi pertumbuhan pendapatan dan perolehan yang meningkat ini bermakna rali harga saham yang positif pada masa hadapan. Pelabur sentiasa berminat dalam memaksimumkan potensi untuk laba modal, oleh itu strategi yang melibatkan pelaburan pertumbuhan adakalanya dirujuk sebagai strategi “tambah nilai modal” atau “pertumbuhan modal”.

MENILAI POTENSI UNTUK PERTUMBUHAN SAHAM

Semasa menilai potensi syarikat untuk pertumbuhan saham, terlebih dahulu, pelabur mungkin perlu melihat pada pasaran atau industri yang berkaitan secara langsung dengan prestasinya. Adakah potensi untuk pertumbuhan dalam pasaran pengguna sememangnya wujud? Adakah syarikat memiliki produk atau perkhidmatan yang benar-benar unik dan berkemungkinan menarik minat dalam demografik populasi yang besar? Sudah tentu, tiada rumusan terjamin yang boleh digunakan untuk menilai potensi sebenar sesebuah syarikat untuk pertumbuhan. Semua kemungkinan pengiraan memerlukan tahap tafsiran yang tertentu, tetapi taksiran berdasarkan faktor-faktor objektif dan penilaian subjektif biasanya boleh membawa hasil yang baik.

Pelabur pertumbuhan boleh menggunakan kriteria tertentu sebagai rangka kerja semasa menjalankan analisis saham. Walau bagaimanapun, sebarang kaedah analisis asas berdasarkan metrik perlu seiring dengan faktor syarikat tertentu. Pelabur perlu mempunyai pemahaman situasi yang luas berhubung dengan prestasi kewangan bersejarah dalam konteks prospek industri masa lalu (dan masa depan).

Semasa memilih syarikat yang akan digunakan sebagai pengangkutan pelaburan untuk pelabur pertumbuhan mencapai tambah nilai modal, pertimbangkan lima metrik kewangan ini:

Sejarah kekuatan dalam pertumbuhan pendapatan:  Calon saham pertumbuhan sepatutnya dapat memaparkan rekod keuntungan pendapatan sekurang-kurangnya lima tahun. Walau bagaimanapun, pertumbuhan minimum dalam pendapatan bagi setiap syer (EPS) sentiasa bergantung pada saiz perniagaan. Sebagai contoh, dalam kalangan saham yang mendagangkan modal pasaran melebihi $4 bilion, pelabur mungkin mencari syarikat yang menunjukkan pertumbuhan EPS tahunan yang tidak kurang daripada 5%.

Walau bagaimanapun, kriteria ini akan berubah sekiranya modal pasaran dikurangkan. Sebagai contoh, dengan modal pasaran yang didagangkan antara $500 juta dan $4 bilion, kadar pertumbuhan EPS tahunan sebanyak 7% mungkin diperlukan. Syarikat-syarikat lebih kecil (iaitu modal pasaran kurang daripada $500 juta ), keperluannya mungkin bertambah sehingga 12%. Pada dasarnya, perkara yang perlu diingati adalah syarikat yang menunjukkan bukti pertumbuhan pendapatan yang kukuh pada masa lalu mempunyai peluang yang lebih baik untuk meneruskan pergerakan trend positif pada masa hadapan.

Unjuran pertumbuhan pendapatan ke hadapan:  Syarikat akan mengumumkan penyata pendapatan mereka secara umum sebagai cara membimbing jangkaan keuntungan untuk tempoh masa tertentu. Ini biasanya adalah untuk suku tahunan dan tahun berikutnya. Penyata-penyata ini disiarkan pada tarikh tertentu yang dijadualkan semasa musim pendapatan korporat. Walau bagaimanapun, jangkaan pasaran biasanya dipengaruhi oleh jangkaan penganalisis ekuiti (beberapa minggu atau bulan sebelum siaran sebenar). Pelabur pertumbuhan memberikan tumpuan yang lebih kepada jangkaan ini kerana ia boleh membantu menentukan subset bagi semua syarikat yang berkemungkinan menunjukkan kadar pertumbuhan melebihi purata (berbanding industri-industri lain).

Margin keuntungan yang mampanMargin keuntungan jualan sebelum cukai untuk sebarang syarikat dikira menggunakan potongan bagi semua perbelanjaan jualan (selain daripada cukai) dan kemudian angka tersebut dibahagikan dengan jumlah jualan. Bagi pelabur pertumbuhan, ini merupakan metrik yang penting kerana sesetengah syarikat mungkin memiliki angka jualan yang tinggi tetapi tidak mempunyai keuntungan pendapatan yang kukuh. Dalam senario ini, boleh dikatakan bahawa pengurusan telah gagal untuk mengawal kos semasa membina pendapatan. Ini merupakan bendera merah untuk mana-mana pelabur pertumbuhan. Sebaliknya, pelabur pertumbuhan mencari syarikat yang mungkin melebihi purata margin sebelum cukai dalam tempoh lima tahun dalam industri yang lebih besar (dan lima tahun purata persaingan industri yang lebih luas). Setelah ditemui, pelabur pertumbuhan berkemungkinan besar akan mula membeli saham.

Pulangan ekuiti yang stabil.  Pulangan Ekuiti (ROE) adalah pengukuran keuntungan syarikat yang mendedahkan amaun keuntungan yang boleh dijana menggunakan modal yang dilaburkan oleh pemegang saham. ROE dikira menggunakan angka ekuiti pemegang saham, dan kemudian dibahagikan dengan pendapatan bersih:

ROE = Pendapatan Bersih / Ekuiti Pemegang Saham

Sebagai satu peraturan asas, pelabur pertumbuhan akan membandingkan ROE semasa syarikat dan kemudian meletakkan prestasi tersebut dalam konteks purata ROE lima tahun bagi industri yang lebih luas. Peningkatan yang stabil dalam angka ROE sesebuah syarikat menandakan bahawa pengurusan telah menjalankan tugas yang efektif dalam menghasilkan pulangan menggunakan modal pemegang saham. Secara keseluruhannya, metrik ini membantu pelabur pertumbuhan menentukan kecekapan pengendalian syarikat.

Prestasi saham bulis.  Kebanyakan masa, adalah tidak realistik untuk menjangkakan nilai saham berganda dalam tempoh lima tahun. Apabila perkara ini berlaku, pelabur pertumbuhan mungkin melihat prestasi ini dengan tahap keraguan tertentu (dan mungkin tidak akan menganggapnya sebagai saham dengan pertumbuhan sebenar). Seperti biasa, konteks adalah penting. Jika nilai saham pertumbuhan meningkat pada kadar hanya 10%, nilainya akan berganda dalam masa tujuh tahun sahaja. Walaupun kenaikan harga mungkin menjadi sumber kebimbangan bagi kebanyakan pelabur pertumbuhan, anda juga perlu memahami bahawa kebanyakan saham dalam industri yang berkembang pesat (ditunjukkan dalam carta kedua) boleh berhimpun dengan nilai yang banyak dalam tempoh masa yang singkat.

PELABURAN NILAI LWN. PELABURAN PERTUMBUHAN

Daripada setiap sifat ini, kita dapat lihat bahawa pelabur pertumbuhan menyasarkan untuk membina kekayaan menerusi tambah nilai modal jangka pendek dan jangka panjang. Apabila dibandingkan dengan pelaburan nilai, pulangan yang dilihat dalam strategi pelaburan pertumbuhan telah membawa pulangan yang lumayan sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu:

Semasa tempoh pasaran yang kukuh (iaitu tahun 1990-an) strategi pelaburan pertumbuhan telah mengatasi strategi pelaburan nilai dengan margin yang sihat. Trend ini berubah semasa kejadian pasaran gelembung teknologi pada tahun 1999-2001, dan kejadian ini tidak mengejutkan kerana sebilangan besar saham teknologi yang jatuh dalam kategori saham pertumbuhan. Walau bagaimanapun, semasa kejadian pasaran yang lebih besar pada tahun 2008-2009, saham pelaburan nilai mengalami kemerosotan yang teruk (dengan kerugian melebihi saham pertumbuhan dengan margin yang besar).

Sesetengah penganalisis pasaran menganggap pelaburan nilai dan pelaburan pertumbuhan sebagai strategi yang bertentangan. Pelabur nilai biasanya menumpukan pada saham yang sedang didagangkan di bawah nilai buku atau pada diskaun yang berkaitan dengan nilai intrinsik syarikat. Sebaliknya, pelabur pertumbuhan biasanya mengabaikan saham dengan metrik kewangan yang lebih rendah (atau sub-standard). Walaupun pelabur saham pertumbuhan menyasarkan untuk menjalankan analisis nilai asas syarikat yang luas, pelabur-pelabur ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk membeli kedudukan saham yang mungkin dianggap terlebih nilai oleh pelabur nilai.

Perbezaan utama adalah pelabur nilai mencari dagangan saham pada tahap di bawah nilai intrinsik, dan inilah sebabnya ramai pelabur di dalam pasaran sering merujuk kepada strategi ini sebagai “pemburuan murah.” Sebaliknya, pelabur pertumbuhan lebih tertumpu kepada pandangan ke hadapan dan potensi pendapatan masa hadapan sesebuah syarikat (berbanding harga syer semasa). Ini bermakna, pelabur pertumbuhan mungkin mempertimbangkan untk membeli saham melebihi penilaian instrinsik semasa (berdasarkan kepada anggapan bahawa nilai intrinsik syarikat masih berada di fasa terawal dan berkemungkinan berkembang jauh melebihi penilaian semasa).

RINGKASAN

  • Pelaburan pertumbuhan adalah strategi pasaran kewangan untuk membina kekayaan modal dengan menumpukan pada aset yang boleh mencapai pengembangan melebihi purata pada masa hadapan.
  • Kebolehan untuk membeli saham syarikat baru di peringkat awal adalah kemahiran yang boleh menjana pulangan yang lumayan sekiranya perniagaan ini dapat mencapai jangkaannya.
  • Pelabur pertumbuhan biasanya mempertimbangkan lima faktor penting dalam analisis asas saham: prestasi harga syer, pulangan ekuiti, sejarah pertumbuhan pendapatan dan margin keuntungan.
  • Pelabur pertumbuhan menyasarkan untuk membina kekayaan menerusi tambah nilai modal jangka pendek dan jangka panjang.
  • Pelabur pertumbuhan mungkin mempertimbangkan untuk membeli saham yang melebihi penilaian intrinsik semasa berdasarkan pada andaian bahawa nilai intrinsik syarikat masih berada dalam fasa terawal dan berkemungkin berkembang jauh melebihi penilaian semasa.
Richard memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam pasaran kewangan dan penulisannya telah diterbitkan dalam CNBC, NASDAQ, Economy Watch, Motley Fool, dan Wired Magazine