Skip to content

FXTM

Analyst Team trader
Updated 6 Jun 2024

Buka Akaun Demo
fxtm review

FXTM adalah sebuah broker antarabangsa yang mempunyai lebih sepuluh tahun pengalaman dalam perdagangan forex, CFD dan saham. FXTM kini melayani lebih daripada satu juta pedagang dari 150 negara dengan rangkaian pejabat merangkumi Eropah, Afrika dan Asia.

FXTM menawarkan dagangan dalam lebih daripada seribu instrumen merangkumi forex, logam, saham, komoditi, indeks dan mata wang kripto. Instrumen yang boleh didagangkan di FXTM tidak terhad kepada aset fizikal seperti logam berharga tetapi ia juga merangkumi indeks dan CFD yang bersifat maya dan spekulatif. FXTM juga menawarkan dagangan tanpa komisen serta spread hampir sifar untuk mata wang utama seperti EURUSD dan GBPUSD.

Anda boleh memilih dua jenis akaun di FXTM (Advantage dan Advantage Plus) dan memulakan perdagangan anda melalui platform dagangan MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5). Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Android and iOS FXTM Trader yang memberikan akses kepada perkhidmatan perdagangan FXTM.

fxtm open account malaysia

Selain itu, FXTM menyediakan pelbagai pendidikan perdagangan secara percuma kepada semua pedagang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. FXTM juga menyediakan alatan analisis seperti kalkulator PIP, kalkulator margin, kalkulator keuntungan dan kalkulator forex untuk memudahkan anda menganggarkan keuntungan anda, mengira kadar pertukaran asing dan menguruskan risiko dengan pantas sebelum membuka posisi perdagangan.

FXTM juga telah memenangi lebih daripada 45 anugerah global untuk pendidikan, teknologi, perkhidmatan dan kepercayaan sejak penubuhannya termasuk ‘Program Pendidikan Terbaik 2022’, ‘Broker Forex Yang Paling Dipercayai 2022’, ‘Akaun FX Islamik Terbaik 2022’ dan ‘Aplikasi Mudah-alih Terbaik 2022’.

Broker Overview

FXTM Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Menawarkan dagangan dalam lebih daripada seribu instrumen
  • Menawarkan komisen sifar
  • Leveraj dagangan yang tinggi sehingga 1:2000
  • Menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MT4, MT5 dan FXTM Trader
  • Pelbagai kandungan pendidikan percuma
😕 Boleh diperbaiki…
  • Deposit minimum permulaan agak tinggi
Website FXTM
Founded 2011
Minimum deposit $/€/£ 500
Account types Advantage, Advantage Plus
You can trade ULASAN FOREX FXTM , CFDs , ULASAN SAHAM FXTM , ULASAN MATA WANG KRIPTO FXTM

APAKAH YANG BOLEH ANDA DAGANGKAN?

ULASAN FOREX FXTM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$500 Baik 1:2000 Low

FXTM menawarkan 60 pasangan forex dengan leveraj maksimum sehingga 1:2000. Pasangan forex yang boleh didagangkan termasuk pasangan forex major, minor dan eksotik termasuk EURUSD, USDJPY, GBPUSD, USDCHF, AUDUSD, USDCAD, NZDUSD, EURGBP, EURJPY, GBPJPY, USDMXN, GBPNOK, GBPDKK, CHFNOK dan lain-lain.

Komisen dan spread yang ditawarkan oleh FXTM untuk perdagangan forex bergantung kepada jenis akaun. Akaun Advantage menawarkan spread sehingga sifar dengan yuran kompetitif manakala akaun Advantage Plus menawarkan yuran sifar dengan spread yang lebih besar.

Anda boleh berdagang dalam pasangan forex 24 jam dan 5 hari seminggu di platform MT4, MT5 dan FXTM Trader.

ULASAN KOMODITI FXTM

FXTM menawarkan pelbagai CFD komoditi untuk didagangkan termasuk minyak brent UK, minyak mentah US, gas asli US, kacang koko, kopi Arabika, kopi Rubusta, tembaga, jagung, kacang soya, gula, minyak pemanas US, dan gandum.

Secara amnya, FXTM menawarkan leveraj maksimum sehingga 1:500 untuk dagangan CFD komoditi.

ULASAN LOGAM FXTM

FXTM menawarkan pelaburan dalam logam berharga emas dan perak dengan memperdagangkan harga spot untuk instrumen  XAUUSD, XAUEUR, XAUGBP, XAGUSD dan XAGEUR.

Secara amnya, FXTM menawarkan leveraj maksimum sehingga 1:2000 untuk dagangan dalam logam berharga.

CFDs

Penilaian Traders
Sokongan Apl Yuran
Baik High

ULASAN SAHAM FXTM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$500 Baik 1:5 Low

FXTM menawarkan perdagangan dalam saham dan CFD saham di Amerika Syarikat. Syarikat-syarikat yang didagangkan termasuk 3M, Alphabet, Apple, Amazon, Alibaba, Broadcom, JP Morgan, Microsoft, NVIDIA, Oracle, Salesforce dan lain-lain.

Anda boleh berdagang instrumen saham dengan leveraj maksimum 1:1 dan komisen sifar hanya dengan jenis akaun ‘Advantage Plus’ di platform MT5. Perdagangan CFD saham disokong oleh kedua-dua jenis akaun di platform MT5 dengan leveraj maksimum 1:5 dan komisen sifar.

ULASAN INDEKS SAHAM FXTM

FXTM menawarkan perdagangan dalam 19 indeks saham di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Asia termasuk S&P 500, Nasdaq 100, FTSE 100, DAX dan lain-lain. Terdapat dua kategori saham indeks yang boleh didagangkan in FXTM iaitu CFD indeks dengan saiz kontrak minimum 0.1 lot dan Mini indeks dengan saiz kontrak minimum 0.01 lot.

Anda boleh berdagang instrumen indeks saham dengan leveraj maksimum 1:1000.

ULASAN MATA WANG KRIPTO FXTM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$11 Banyak 1:1000 Low

FXTM menawarkan 11 CFD mata wang kripto untuk dagangan 24 jam dan 7 hari seminggu dengan leveraj maksimum 1:1000. Mata wang kripto yang boleh didagangkan di FXTM adalah Bitcoin, Ethereum, Avalanch, Bitcoin cash, Cardano, Chainlink, Dogecoin, Litecoin, Polygon, Ripple dan Solana.

Komisen untuk dagangan CFD mata wang kripto adalah 0.07% daripada nilai kontrak untuk kedua-dua jenis akaun Advantage dan Advantage Plus.

APAKAH PENDAPAT PARA PEDAGANG KAMI SELEPAS MENYEMAK KRITERIA UTAMA?

YURAN

Penilaian Traders

Komisen dan spread yang ditawarkan oleh FXTM bergantung kepada jenis akaun. Akaun Advantage menawarkan spread sehingga sifar dengan komisen kompetitif manakala akaun Advantage Plus menawarkan komisen sifar dengan spread yang lebih besar.

JENIS AKAUN

Penilaian Traders

FXTM menawarkan dua jenis akaun dagangan iaitu Advantage dan Advantage Plus. Kedua-dua jenis akaun membolehkan dagangan dalam semua instrumen yang ditawarkan oleh FXTM termasuk logam, saham, forex, komoditi, logam, indeks dan mata wang kripto. Leveraj maksimum adalah 1:2000 bergantung kepada instrumen yang didagangkan. Perbezaan antara jenis akaun Advantage dan Advantage Plus adalah dalam komisen dan spread.

Untuk akaun Advantage, komisen adalah $35 bagi setiap satu juta jumlah notional pada forex, CFD indeks  dan CFD komoditi, $25 bagi setiap satu juta jumlah nosional pada harga spot logam, 0.07% daripada nilai kontrak untuk CFD mata wang kripto dan $0.02 bagi setiap lot pada CFD saham yang didagangkan ditambahkan dengan spread yang sangat ketat serendah 0.

Untuk akaun Advantage Plus, tiada komisen dikenakan tetapi spread adalah lebih besar.

Anda boleh membuka akaun broker FXTM di laman sesawang www.forextime.com dengan menekan butang Buka Akaun di sudut kanan atas. Isikan butir-butir nama, negara residensi, nombor telefon, alamat emel dan kata laluan. Tekan butang Hantar Pin dan isikan pin yang diterima. Seterusnya, tekan butang Daftar Sekarang untuk melengkapkan pendaftaran akaun.

Di samping itu, FXTM juga menyediakan akaun perdagangan demo yang membolehkan anda menyemak platform perdagangan tanpa membuat sebarang deposit. Anda boleh belajar cara berdagang sambil menguji strategi anda tanpa risiko sebab dana yang digunakan adalah maya dan percuma.

PLATFORM

Penilaian Traders

FXTM menawarkan platform perdagangan Metatrader 4 (MT4) dan Metatrader 5 (MT5). MetaTrader merupakan platform perdagangan yang membolehkan anda memantau pasaran dan berdagang dalam masa nyata. MT4 dan MT5 boleh dimuat turun secara percuma di PC, Mac, telefon dan tablet.

MT4 merupakan platform dagangan pilihan jutaan pedagang di seluruh dunia. Ciri-ciri utama MT4 termasuk 3 jenis pelaksanaan pesanan, 5 jenis pesanan tertangguh, 30 indikator teknikal, 37 objek grafik, 9 rangka masa serta sokongan perkhidmatan VPS. MT5 menampilkan semua ciri-ciri MT4 serta menawarkan pilihan perkakas analisis yang lebih meluas, menyokong perdagangan saham dan rangka masa tambahan. Ciri-ciri utama MT5 termasuk 4 jenis pelaksanaan pesanan, 6 jenis pesanan tertangguh, 38 indikator teknikal, 44 objek grafik, 21 rangka masa serta sokongan perkhidmatan VPS. Kedua-dua platform MT4 dan MT5 tersedia dalam lebih daripada 20 bahasa.

fxtm malaysia metatrader

Anda juga boleh berdagang melalui telefon dengan aplikasi FXTM Trader atau aplikasi MetaTrader MT4 dan MT5. Aplikasi dagangan FXTM Trader, MT4 dan MT5 disediakan untuk sistem operasi Android dan iOS.

KEBOLEHGUNAAN

Penilaian Traders

FXTM mempunyai laman sesawang yang senang digunakan dan intuitif untuk pedagang semua peringkat.  Anda boleh mencari maklumat tentang broker FXTM dengan mudah melalui menu navigasi utama termasuk pasaran dan instrumen perdagangan, jenis akaun dan platform perdagangan, maklumat tentang FXTM, promosi dan pendidikan.

Sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah, anda boleh mendapat bantuan sokongan pelanggan melalui laman sesawang pusat bantuan, laman sesawang hubungi kami serta ikon bantuan yang boleh didapati di bahagian bawah kanan setiap halaman sesawang FXTM. Selain itu, FXTM juga menyediakan platform MetaTrader yang sering digunakan oleh pedagang di seluruh dunia serta aplikasi FXTM Trader yang memudahkan perdagangan melalui telefon mudah alih. 

SOKONGAN PELANGGAN

Penilaian Traders

FXTM menawarkan sokongan pelanggan melalui perkhidmatan sembang langsung dalam bahasa Inggeris, Cina, Arab atau Portugis untuk membantu pedagang yang menghadapi apa-apa masalah semasa menggunakan platform FXTM. Anda juga boleh melayari ke laman sesawang pusat bantuan FXTM https://get.fxtm.help/hc/en-gb untuk mencari jawapan untuk soalan lazim berkenaan akaun broker, fungsi dan platform FXTM.

Jika anda ingin bercakap dengan pasukan sokongan pelanggan, anda boleh mengisi nombor telefon, emel dan komen dan seorang agen khidmat pelanggan adakan menghubungi anda untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda.

KAEDAH BAYARAN

Penilaian Traders

FXTM menawarkan pelbagai kaedah deposit dan pengeluaran termasuk kad kredit (Visa, Mastercard, Maestro, Google Pay), dompet elektronik (GlobePay, Skrill, PayRedeemm, PerfectMoney, Neteller) dan pindahan bank.

Permintaan deposit melalui kad kredit dan dompet elektronik akan diproses dengan serta-merta jika tiada keperluan untuk pengesahan tambahan. Kaedah deposit melalui mata wang kripto akan diproses dalam tempoh masa 24 jam. Pindahan telegrafik bank pula akan mengambil masa maksimum 3-5 hari berkerja bank untuk diproses.

Deposit minimum untuk permulaan adalah $/€/£ 500. Selain itu, jumlah minimum dan maksimum untuk setiap transaksi deposit atau pengeluaran bergantung kepada kaedah pembayaran yang dipilih. Anda boleh mencari nilai minimum dan maksimum untuk setiap kaedah dalam laman sesawang MyFXTM. FXTM tidak mengenakan sebarang yuran untuk deposit atau pengeluaran kecuali bayaran sebanyak $3 yang dikenakan sekiranya jumlah transaksi kurang daripada $30.

Anda boleh membiayai akaun anda di laman MyFXTM dan buka halaman deposit dalam bahagian ‘My Money’. Pilih kaedah deposit dan tekan ‘Deposit’. Seterusnya, pilih akaun perdagangan yang anda ingin deposit dana ke dalamnya dan isikan butir-butir yang diperlukan.

TAWARAN TERBAIK

Penilaian Traders

FXTM menawarkan pelbagai promosi dan peraduan perdagangan. Anda boleh tahu promosi yang aktif melalui laman sesawang MyFXTM anda di bawah ‘Promosi dan Pertandingan’. Sesetengah promosi akan tertakluk kepada negara atau kawasan tertentu dan hanya akan tersedia untuk pedagang di negara atau kawasan tersebut.

Selain itu, FXTM mempunyai Program Rujukan Rakan yang menawarkan $50 kepada anda sekiranya anda merujuk kawan kepada broker FXTM.

PERATURAN DAN PERLINDUNGAN DEPOSIT

Penilaian Traders

Jenama FXTM dikawal selia di beberapa bidang kuasa di bawah entitinya di negara Cyprus, Kenya, United Kingdom dan Republik Mauritius.

ForexTime Ltd dengan nombor pendaftaran HE 310361 dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus dengan nombor lesen CIF 185/12, dan dilesenkan oleh Penguatkuasa Kelakuan Bidang Kewangan (FSCA) di Afrika Selatan dengan nombor FSP 46614.

Exinity Capital East Africa Ltd. dengan nombor pendaftaran PVT-ZQU6JE7 dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pasaran Modal Republik Kenya dengan nombor lesen 135.

Exinity UK Limited dengan nombor pendaftaran 10599136 dikawal selia oleh Penguatkuasa Kelakuan Kewangan dengan nombor lesen 777911.

Exinity Limited dengan nombor pendaftaran C119470 C1/GBL dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Republik Mauritius dengan Lesen Peniaga Pelaburan bernombor C113012295.

Oleh itu, FXTM mematuhi rangka pengawalselia yang ketat dan menyimpan semua dana pelanggan dalam akaun berasingan di bank-bank peringkat tinggi untuk memastikan pelaburan pedagang selamat dan dilindungi setiap masa.

ANUGERAH

Penilaian Traders

FXTM telah menerima lebih daripada 45 anugerah industri forex di seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 2011. Anugerah-anugerah yang diterima oleh FXTM termasuk:

  • Program Pendidikan Terbaik 2022
  • Broker Forex Yang Paling Dipercayai 2022
  • Akaun FX Islamik Terbaik 2022
  • Aplikasi Mudah-alih Terbaik 2022
  • Pengalaman Perdagangan Terbaik 2021
  • Penyedia Pendidikan Forex Terbaik di Nigeria 2021
  • Pakar Perdagangan Dana Leveraj Dalam Talian Terbaik 2021
  • Platform Perdagangan Dalam Talian Terbaik di Nigeria 2021
  • Broker Paling Dipercayai di Nigeria 2021
  • Pengalaman Perdagangan Terbaik 2020
  • Broker ECN Terbaik 2020
  • Broker Forex Terbaik di Nigeria 2020
  • Penyedia Pendidikan Terbaik 2020
  • Program Broker Afiliasi Forex Terbaik di Eropah 2019
  • Pengalaman Perdagangan Terbaik 2019
  • Broker Pelaburan Terbaik 2019
  • Broker Paling Inovatif 2018
  • Jenama Forex Terbaik di Cina Tahun 2018
  • Penyedia Pendidikan Terbaik di Afrika 2018
  • Broker Forex Terbaik Russia 2018
  • Syarikat Perdagangan Forex Dalam Talian Terbaik di Nigeria 2018

fxtm malaysia awards 2021

 

fxtm malaysia awards 2022

SOALAN LAZIM

Adakah FXTM menawarkan Akaun Demo?

FXTM menyediakan akaun perdagangan demo yang membolehkan anda mengenali platform perdagangan tanpa membuat sebarang deposit. Anda boleh menyemak pelbagai ciri-ciri dan alat perdagangan, belajar bagaimana membaca carta, belajar cara berdagang sambil menguji strategi anda tanpa risiko sebab dana yang digunakan adalah maya dan percuma. Akaun demo membolehkan anda meningkatkan kemahiran perdagangan anda sebelum beralih kepada akaun perdagangan sebenar.

Untuk membuka akaun demo, anda perlu melengkapkan pendaftaran di laman sesawang FXTM dan pilih akaun demo.

Jenis akaun mana yang mempunyai spread yang ketat?

Spread untuk akaun Adavantage bermula daripada 0.0 manakala akaun Advantage Plus bermula daripada 1.5. Oleh itu, akaun Advantage MT4 atau MT5 mempunyai spread yang lebih ketat berbanding jenis akaun lain. 

Adakah FXTM menyediakan pendidikan perdagangan dan alatan analisis kepada pedagang?

FXTM menyediakan pelbagai pendidikan perdagangan dan alatan analisis secara percuma kepada semua pedagang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Maklumat yang boleh didapati di laman sesawang FXTM termasuk analisis pasaran harian, kalendar ekonomi, panduan perdagangan forex dan CFD untuk pedagang pemula, artikel-artikel pelaburan, glosari dan video latihan.

Selain itu, FXTM juga menyediakan kalkulator PIP, kalkulator margin, kalkulator keuntungan dan kalkulator forex untuk memudahkan penganggaran keuntungan anda, mengira kadar pertukaran asing dan menguruskan risiko dengan pantas sebelum membuka posisi perdagangan.

Apakah perbezaan platform Metatrader 4 (MT4) dan Metatrader 5 (MT5)?

Secara amnya, platform dagangan MT4 mempunyai antara muka dagangan yang ringkas dan mudah difahami manakala platform dagangan MT5 mempunyai antara muka yang sedikit berbeza dan menawarkan lebih ciri-ciri dan perlatan analisis.

Jika dibandingkan dengan MT4, MT5 mempunyai lebih jenis indikator teknikal dan objek grafik, kalendar ekonomi terbina, maklumat kedalaman pasaran, sokongan untuk dagangan saham dan CFD saham, lebih rangka masa, lebih jenis pesanan tertangguh, sistem emel terbina dan keupayaan besembang dengan pedagang lain melalui platform MT5. 

Jika anda adalah pedagang baru, anda boleh bermula dengan platform dagangan MT4 disebabkan oleh keringkasan antara mukanya. Jika anda seorang peniaga yang berpengalaman dan memerlukan lebih banyak ciri-ciri untuk menganalisis dan berdagang, platform MT5 lebih sesuai untuk anda.

Berapakah nilai deposit minimum yang diperlukan untuk memulakan dagangan di FXTM?

Anda perlu deposit sebanyak $/€/£ 500 sebelum bermula berdagang di platform FXTM.

Apakah perbezaan utama di antara akaun Advantage dan akaun Advantage Plus?

Perbezaan utama antara jenis akaun Advantage dan Advantage Plus adalah dalam komisen dan spread.

Untuk akaun Advantage, komisen adalah $35 bagi setiap satu juta jumlah notional pada forex, CFD indeks dan CFD komoditi, $25 bagi setiap satu juta jumlah notional pada harga spot logam, 0.07% daripada nilai kontrak untuk CFD mata wang kripto dan $0.02 bagi setiap lot pada CFD saham yang didagangkan ditambahkan dengan spread yang sangat ketat serendah 0.

Untuk akaun Advantage Plus, tiada komisen dikenakan tetapi spread adalah lebih besar.

Berapakah bilangan akaun yang boleh anda buka?

Anda boleh membuka sehingga 10 akaun perdagangan sebenar. Jika anda cuba untuk membuka akaun perdagangan baru selepas mencapai had maksimum, anda akan menerima pesanan ralat.

Akaun demo dikecualikan daripada bilangan akaun dagangan sebenar yang boleh anda buka. Anda boleh mempunyai lebih daripada 10 akaun perdagangan demo.