Skip to content

Octa (sebelum ini OctaFX)

Analyst Team trader
Updated 14 Ogo 2024

Buka Akaun Demo
octa asktraders review 2024

Octa adalah sebuah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Misi syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk pedagang mengakses pasaran Forex.

Octa menawarkan akses tanpa komisen kepada pasaran kewangan dan mempunyai pelanggan dari 180 buah negara dengan lebih daripada 42 juta akaun dagangan. Aset dagangan yang ditawarkan termasuk pasangan forex, komoditi, derivatif saham, indeks dan mata wang kripto.

Octa juga melabur dalam pedagang dengan menyediakan video pendidikan, artikel, alat analisis percuma serta akaun latihan demo tanpa had untuk membantu pedagang mencapai matlamat pelaburan mereka. Ini termasuk peluang untuk mendapatkan $500 dalam dagangan bulanan dalam mod latihan tanpa deposit serta mempelajari kemahiran dagangan asas untuk dagangan yang selamat.

Octa menyediakan aplikasi Android dan iOS untuk dagangan mudah alih. Untuk Android, terdapat dua aplikasi, iaitu Octa untuk dagangan sendiri dan Copytrading untuk dagangan sosial manakala untuk iOS, hanya ada aplikasi dagangan Octa.

Octa

 

Octa juga telah memenangi lebih daripada 70 anugerah industri forex sejak penubuhannya termasuk anugerah ‘Most Reliable Broker Asia 2023’ daripada Holiston Media dan anugerah ‘Best Forex Broker 2023’ daripada AllForexRating.

Broker Overview

Octa (sebelum ini OctaFX) Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Berlesen secara global
  • Menawarkan komisen sifar, perlindungan baki negatif
  • Menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MT4, MT5 dan OctaTrader
  • Memenangi lebih daripada 70 anugerah industri forex
  • Webinar pendidikan, artikel, alat analisis dan akaun demo percuma
😕 Boleh diperbaiki…
  • Bilangan CFD yang boleh didagangkan agak terhad
  • Yuran Copytrading agak tinggi
Website Octa (sebelum ini OctaFX)
Founded 2011
Minimum deposit USD 25
Account types Octa MT4, Octa MT5, OctaTrader
You can trade Forex , CFDs , Saham , Dagangan Sosial , Kripto

APAKAH YANG BOLEH ANDA DAGANGKAN?

Forex

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$25 Baik 1:1000 Low

Octa menawarkan 52 pasangan forex dengan leveraj maksimum sehingga 1:1000. Pasangan forex yang boleh didagangkan termasuk EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dan lain-lain. Octa mempunyai kos kemasukan pasaran paling sedikit, iaitu sebanyak USD 25 berbanding broker-broker lain. Spread yang ditawarkan oleh Octa juga ketat dan paling rendah untuk pasangan NZD/USD, iaitu 0.6 pip.

Anda boleh berdagang pasangan forex dengan yakin di platform MT4, MT5 dan OctaTrader dengan tiada komisen ke atas deposit, pengeluaran dan pesanan serta kebolehan untuk berdagang secara automatik dengan menggunakan Expert Advisor, cBot atau sistem automatik lain.

CFDs

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
$25 Baik Low

Octa menawarkan lebih daripada 277 aset CFD untuk didagang, merangkumi aset dalam forex, saham, komoditi, indeks dan kripto.

Untuk forex, Octa menawarkan dagangan dalam 52 pasangan forex dengan leveraj maksimum sehingga 1:1000.

Untuk saham, Octa menawarkan dagangan dalam 150 saham di seluruh dunia dengan leveraj maksimum sehingga 1:40.

Untuk komoditi, Octa menawarkan dagangan dalam 5 komoditi (emas, perak, gas asli Amerika Syarikat, minyak mentah Brent dan minyak mentah West Texas Intermediate) dengan leveraj sehingga maksimum 1:400.

Untuk indeks, Octa menawarkan dagangan dalam 10 indeks dengan leveraj maksimum sehingga 1:400.

Untuk mata wang kripto, Octa menawarkan dagangan dalam 30 mata wang kripto untuk dagangan 7 hari seminggu dengan leveraj maksimum 1:200.

Saham

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$25 Baik 1:40 Low

Octa menawarkan 150 saham CFD yang pada dasarnya mewakili harga saham syarikat-syarikat terbesar di 16 bursa saham di seluruh dunia. Syarikat-syarikat ini termasuk Apple, Tesla, Amazon, Alibaba, Google, Oracle, Sony, Nokia, Shell, Qualcomm, SAP, Netflix, Microsoft dan lain-lain. Saham CFD didagangkan dengan cara yang sama seperti pasangan mata wang, komoditi dan indeks.

Anda boleh berdagang saham CFD dengan leveraj maksimum 1:20 dan tanpa komisen di platform Octa MT5. Anda juga boleh menjual pendek untuk memperoleh keuntungan semasa pasaran beruang.

Dagangan Sosial

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$25 Baik 1:1000 Mid

Octa Copytrading membolehkan anda menyalin dagangan daripada para pedagang pakar secara automatik dan ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan usaha anda daripada mencipta strategi dagangan sendiri. Anda boleh mempelbagaikan portfolio dagangan dengan menyalin sebanyak mana pakar tanpa had. Dalam Copytrading, anda mempunyai kawalan penuh terhadap proses tersebut dan boleh mengubah suai atau berhenti menyalin dagangan pada bila-bila masa. Anda juga boleh melihat statistik dagangan terperinci bagi pedagang-pedagang pakar yang disalin dalam Ruangan Penyalin anda.

Perkhidmatan Copytrading disediakan di platform MT4. Oleh itu, semua syarat dagangan (leveraj, swap, spread) anda adalah sama dengan syarat untuk akaun Octa MT4. Anda boleh dapatkan aplikasi mudah alih Copytrading untuk Android dan mengawal portfolio dan pelaburan anda di mana sahaja anda berada.

Pedagang pakar akan menentukan jumlah komisen (dari 0% hingga 50%) untuk pesanan yang disalin. Bayaran komisen akan dikumpulkan dalam masa seminggu dan dibayar ke Dompet Pakar pada hari Ahad.

Selain menjadi penyalin, anda juga boleh menjadi pedagang pakar dan memperoleh pendapatan tambahan. Anda boleh mempromosikan statistik prestasi dagangan anda untuk menarik perhatian penyalin baru. Untuk menjadi pedagang pakar, anda perlu membuka Akaun Pakar dan tetapkan komisen anda untuk membolehkan pedagang lain menyalin strategi dagangan anda.

Kripto

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$25 Regular 1:400 Low

Octa menawarkan 34 mata wang kripto untuk dagangan 7 hari seminggu dengan leveraj maksimum 1:400. Mata wang kripto yang boleh didagangkan termasuk Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple, Fantom, Polkadot, Solana dan banyak lagi.

Anda boleh menggunakan platform MT4, MT5 dan OctaTrader untuk berdagang mata wang kripto di Octa.

APAKAH PENDAPAT TRADER KAMI SELEPAS MENYEMAK KRITERIA UTAMA?

YURAN OCTA

Penilaian Traders

Octa tidak mengenakan sebarang caj untuk deposit dan pengeluaran serta tiada komisen perdagangan atau swap untuk akaun dagangan.

JENIS AKAUN

Penilaian Traders

Octa menawarkan tiga jenis akaun dagangan, iaitu Octa MT4, Octa MT5 dan OctaTrader.

MT4 menawarkan volum minimum 0.01 lot dan leveraj sehingga 1:1000 serta dagangan dalam 35 pasangan forex, 34 mata wang kripto, 3 komoditi (minyak dan gas), 2 logam (emas dan perak) dan 6 indeks (AUS200, GER40, NAS100 dan US30).

MT5 volum minimum 0.01 lot dan leveraj sehingga 1:1000 serta dagangan dalam 52 pasangan forex, 150 saham, 34 mata wang kripto, 3 tenaga (minyak dan gas), 2 logam (emas dan perak) dan 10 indeks (AUS200, UK100, FRA40, GER40, ESP35, EUSTX50, US30, NAS100, SPX500 dan JPN225).

OctaTrader menawarkan volum minimum 0.01 lot dan leveraj sehingga 1:1000 serta dagangan dalam 35 pasangan forex, 30 mata wang kripto, 3 tenaga (minyak dan gas), 2 logam (emas dan perak) dan 10 indeks (AUS200, UK100, FRA40, GER40, ESP35, EUSTX50, US30, NAS100, SPX500 dan JPN225).

PLATFORM

Penilaian Traders

Octa menawarkan beberapa platform dagangan termasuk platform proprietarinya, OctaTrader dan juga platform Metatrader MT4 dan MT5. MT4 disyorkan untuk para pedagang tradisional manakala MT5 disyorkan untuk para pedagang inovatif.

Octa platform

 

Ciri-ciri utama MT4 adalah 30+ penunjuk dagangan terbina, fungsi penasihat pakar, sokongan 9 rangka masa, 3 jenis carta dan 4 jenis pesanan belum selesai, lot mikro dan membenarkan lindung nilai.Ciri-ciri MT5 adalah semua ciri MT4 dengan 38 penunjuk dagangan terbina, 12 rangka masa, 37 objek grafik, 6 jenis pesanan belum selesai dan maklumat sejarah perdagangan dengan sandaran data terjamin.

KEBOLEHGUNAAN

Penilaian Traders

Laman web Octa adalah intuitif dan senang digunakan oleh semua pedagang baru dan pakar. Menu navigasi utama memudahkan anda mencari maklumat mengenai broker ini termasuk aset dagangan, ciri-ciri platform, program rujukan, promosi dan analisis dan pendidikan.

Ikon khidmat sokongan pelanggan juga boleh didapati di bahagian bawah kanan setiap halaman di laman web Octa dan ini memudahkan anda mendapat bantuan sekiranya anda menghadapi masalah pada bila-bila masa. Selain itu, Octa juga menyediakan platform MT4, MT5 dan OctaTrader untuk digunakan pada pelbagai versi peranti termasuk laman web, Android, iOS, Windows dan macOS.

SOKONGAN PELANGGAN

Penilaian Traders

Octa Malaysia

Octa mempunyai pasukan sokongan pelanggan yang cekap serta pantas dan sentiasa tersedia untuk membalas anda pada bila-bila masa dan 24/7 melalui ciri sembang langsung. Oleh itu, anda boleh berdagang dengan yakin dan menghubungi sokongan pelanggan sekiranya berdepan dengan apa-apa masalah. Terdapat lebih daripada 13 pilihan bahasa untuk sokongan pelanggan termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Hindi, Bahasa Urdu dan Bahasa Sepanyol.

KAEDAH BAYARAN

Penilaian Traders

Kaedah deposit dan pengeluaran di Octa mungkin berbeza-beza bergantung kepada negara, tetapi kaedah pembayaran yang popular merangkumi Visa, Mastercard, bank tempatan, Skrill, Neteller, Bitcoin, Ethereum, Dogecoin, Litecoin dan lain-lain.Deposit dan pengeluaran biasanya mengambil masa tidak lebih daripada 3 jam. Octa menawarkan beberapa kaedah deposit segera seperti Skrill, Neteller dan Mastercard.

Octa tidak mengenakan sebarang komisen atau caj untuk transaksi deposit dan pengeluaran agar hasil dagangan anda akan menjadi lebih bermanfaat.

Deposit minimum dengan VISA ialah USD 25, melalui Litecoin ialah 0.3 LTC, melalui Ethereum ialah 0.02 ETH, melalui Tether ialah 50 USDT, melalui Dogecoin ialah 230 DOGE, melalui Bitcoin ialah 0.00037 BTC, melalui Mastercard ialah EUR 50, dan melalui Bank adalah SGD 50.

TAWARAN TERBAIK

Penilaian Traders

Octa menawarkan 50% bonus bagi setiap deposit. Anda hanya perlu deposit sekurang-kurangnya USD 50 pada akaun dagangan anda menggunakan mana-mana kaedah pembayaran untuk mengaktifkan bonus 50% percuma pada jumlah yang anda depositkan. Untuk mengeluarkan jumlah bonus tersebut, anda perlu terlebih dahulu melengkapkan keperluan volum dagangan.

Octa bonus

 

Selain itu, Octa menyediakan secara percuma beberapa alat pendidikan dan latihan kepada pedagang baru dan pakar untuk meningkatkan kebolehgunaan platformnya. Anda boleh memilih untuk bermula dengan akaun demo untuk menguji semua ciri-ciri yang tersedia di Octa. Di samping itu, pasukan Octa mengadakan pelbagai jenis aktiviti pendidikan di saluran YouTube termasuk bengkel, seminar dan sesi perdagangan langsung dalam pelbagai bahasa.

Anda juga boleh membaca analisis dan berita, mengetahui peristiwa kewangan pada kalendar ekonomi, meneroka strategi dan teknik dagangan pakar, dan banyak lagi. Octa juga menyediakan kalkulator untung dan kalkulator dagangan untuk memudahkan anda mengira keuntungan dan keperluan margin dagangan.

PERATURAN DAN PERLINDUNGAN DEPOSIT

Penilaian Traders

Octa mengendalikan beberapa pembrokeran yang dilesenkan dalam pasaran kewangan terpilih dan diberi kuasa untuk menawarkan perkhidmatannya di kebanyakan negara EU, Asia Selatan, Asia Pasifik dan beberapa negara Timur Tengah. Walau bagaimanapun, Octa tidak mempunyai kebenaran untuk menawarkan perkhidmatan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.Octa menggunakan akaun berasingan untuk menyimpan deposit anda mengikut piawaian peraturan antarabangsa dan ini diasingkan daripada akaun syarikat. Ini bermakna deposit anda selamat dan tidak disentuh oleh syarikat.

ANUGERAH

Penilaian Traders

Octa memenangi lebih daripada 70 anugerah industri forex di seluruh dunia sejak penubuhannya. Anugerah-anugerah yang dimenangi termasuk:

  • ‘Platform Dagangan Paling Selamat Singapura 2023’ daripada World Business Outlook
  • ‘Broker dengan pengeluaran terpantas Singapura 2023’ daripada International Business Magazine
  • ‘Broker Dalam Talian Terbaik Global 2022’ daripada World Business Outlook
  • ‘Broker Global Terbaik Asia 2022’ daripada International Business Magazine
  • ‘Broker Terbaik Asia 2022’ daripada Forexing.com
  • ‘Platform Salin Dagangan Terbaik 2022’ daripada AllForexBonus.com
  • ‘Aplikasi Mudah Alih Dagangan Kripto Terbaik 2022’ daripada AllForexRating.com
  • ‘Broker Forex Terbaik Malaysia 2022’ daripada Global Banking & Finance Review
  • ‘Broker Paling Dipercayai Afrika Selatan 2022’ daripada Global Business Review Magazine
  • ‘Broker Forex Terbaik India 2022’ daripada World Finance
  • ‘Broker Terbaik untuk Perdagangan Salinan Sosial 2022’ daripada ForexBrokers.com
  • ‘Broker Paling Selamat Indonesia 2022’ daripada International Business Magazine
  • ‘Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik 2022’ daripada FxDailyInfo

octafx broker global dalam talian terbaik

octafx broker global terbaik asia

SOALAN LAZIM

1. Adakah Octa menawarkan Akaun Demo?

Octa menawarkan akaun demo dengan simulasi dana dalam keadaan pasaran sebenar. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk menyemak perkhidmatan Octa, membiasakan diri dengan alatan dagangan atau menguji strategi dagangan anda tanpa risiko. Anda juga boleh membuka akaun Peraduan Demo Juara di MT4 untuk menyertai Peraduan Demo Juara yang biasanya dianjurkan oleh Octa untuk membolehkan anda bersaing dengan pedagang-pedagang lain dan memenangi wang.

2. Bolehkah saya memiliki pelbagai akaun?

Anda boleh memiliki berbilang akaun demo tanpa had. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memiliki lebih daripada dua akaun sebenar untuk setiap platform dagangan.

3. Apakah mata wang akaun yang ditawarkan?

Anda boleh membuka akaun USD dengan Octa. Anda boleh mendeposit akaun anda dalam mana-mana mata wang dan Octa akan menukar dana anda menjadi mata wang USD dengan kadar pertukaran yang ditetapkan oleh sistem pembayaran yang anda gunakan.

4. Adakah Octa mempunyai program rujukan?

Octa mempunyai Program Jemput Rakan yang dibuka kepada semua pelanggan. Komisen dibayar kepada anda berdasarkan volum dagangan rakan yang membuka akaun mereka menggunakan pautan rujukan unik anda. Kadar komisen Jemput Rakan ialah USD 1 untuk setiap 1 lot standard dan akan dikreditkan sekali dalam masa 24 jam ke dompet anda.